Tuesday, September 23, 2014

Rumah Lelong

Kisah ini aku share buat pengajaran kepada korang yang beli rumah lelong. Based my experience. Nampak murah, nampak mudah tapi hakikatnya perit jerit tu Allah je yang tahu. Tapi tak ada la semuanya negatif. Bergantung kepada keadaan semasa korang. hehe..

Aku bid rumah lelong pada January 2014. Diberi tempoh 90hari saja untuk settle everything. Maksud everything tu adalah full payment kepada pihak bank pelelong. Aku tak ada pengalaman. Aku tak ada orang nak tolong. Aku kena buat semua sendiri. Takpe, aku belajar. Cari bank yang bagi loan kat aku, cari lawyer tuk tolong aku buat urusan dengan bank dan urusan pasal rumah tersebut, urus orang buat valuation. Bajet aku lari banyak sebab rumah ni. Nak nangis pun ada. Tapi aku sabar. Masa aku bid rumah tu, hati aku dah berbisik "kalau tak dapat tak yah fikir banyak, bukan rezeki" Sekali dapat. So aku anggap rumah tu mungkin rezeki aku. Yalah, nak dapat sesuatu mana boleh semudah ABC, Hidup ni bukan semudah tu. 

Hari sebelum lelong

Rumah ni hanya secara kebetulan. Aku target rumah lain. Kat Taman Mulia Jaya. Reserve Price rumah tu hanya RM32,000 so aku fikir boleh la...gaji pun tak besar. Beli la ikut kemampuan aku je. Sebelum pergi bidding, aku dah survey rumah tu. Kali pertama pergi aku cam nak. Kalau kedua terus aku tak nak. Macam rumah hantu. Jiran pun tak ada. Pecah sana sini. Rumah tu memang kosong. Dalam dok cari-cari rumah lain, aku ternampak satu lagi rumah lelong. Reserve Price RM65,000. Boleh la. Aku berminat sebab rumah tu corner lot. Aku dah pasang niat, rumah ni kalau aku beli, boleh la aku pasang grill kat depan ni sekian sekian so ada la ruang itu dan ini. Cewah, semangat aku merancang masa tu. Aku pergi tengok rumah tu dengan semangatnya. Keadaan rumah tu nampak ok. Macam tak ada orang. Beza hari lelong rumah tu dengan rumah sebelumnya hanya seminggu. Aku silap satu je. Aku langsung tak check cost rumah tu. Maintenance, Bill Electric, Bill Indah Water, Cukai Taksiran dan kos-kos lain. Langsung tak check. Walaupun aku suka rumah tu, tapi aku tak de la excited sangat. Sebab aku rasa rumah tu dan kawasannya, sah-sah ramai yang bid. Itu tanggapan aku la. Aku uruskan duit 10% dari reserve price, RM6,500. Terima kasih Ayah sebab support. 

Hari lelongan

Aku sampai lewat. Entah aku yang last register ke apa tak tau la. Hati aku berdebar-debar. Pertama kali masuk lelongan. Entah macam mana. Aku register. Dorang bagi kad bida. Nanti kalau korang nak bida, boleh la angkat kad nombor tu. Aku duduk diam-diam. Datang la sorang si kacang hantu. Dia tanya aku "you nak beli rumah ni ke?" Kawan aku dah pesan, situ banyak ulat, jangan layan. Aku pun buat tak tau. Dia pun cakap lagi "kalau you beli rumah ni, i hope u jangan bid. I bayar you RM1000." Aku fikir, ah setakat RM1000 apa la sangat. Bid je la. Tengok aku tak layan, dia datang lagi. Ishh, memang tak puas hati betul la apek ni. Dia cakap lagi "I agen. I bid untuk client. Kalau you nak i tak kacau you, tapi you bayar i RM2000." Wahhhhhhhh~tadi dia nak bayar aku RM1000 je. Tumbuk kang apek ni. Dia memang tak putus asa. Dia cakap lagi "Macam ni la, you bayar i RM1500 i betul-betul tak kacau you." Memang ulat besau habaq ang!. Aku malas nak pening kepala. Sakit plak kepala aku tengok apek tu. Aku cakap "Ok! Kalau you kacau bid la sama-sama." 

Habis kisahnya. Akhirnya rumah tu menang tanpa bertanding. Tapi aku macam pelik satu benda. Dari reserve price, dorg suka suki naikkan harga rumah tu ke RM67,000. Akupun tak tau kenapa. Tapi aku dah target rumah tu sampai RM75,000 so aku tak banyak cerita aku angkat kad nombor aku. Yeahhhh! Rumah ini dapat kat kauuuu nombor sekian sekian...

Selesai je semua, aku bayar baki duit dari 10% harga rumah tu. Terus sign POS. Dua hari selepas tu aku dapat POS yang dah stamping. 

Bermula la kisah penderitaan

Lepas semua dah ok, aku cepat-cepat apply loan. Aku ada 90hari untuk settle semuanya. Bank approved loan aku dalam masa seminggu lebih. Bagus Public Bank buat kerja. Cepat. Aku ada apply CIMB. Lemau. Dah la tak dapat, tak bagitau aku pun. Aku tertunggu-tunggu. Maklum la pertama kali, aku tak tau semua benda. So aku pun sign dengan Public Bank. Masalah lawyer plak. Aku tak ada lawyer. Aku deal dengan bank, supaya dorang suggest lawyer tuk aku. Sambil-sambil tu aku cari juga lawyer lain. Compare harga. Tapi yang aku dapat macam susah pulak. Bermacam-macam halangannya. Kalau lawyer bukan panel bank tersebut, nak kena submit profile kat bank dulu la apa la. Aku rasa macam serabut je. Aku tak nak pening-pening, aku ambik je lawyer yang bank suggest. Selesai. 

Deal la aku dengan lawyer tersebut. Lawyer biasa la. Mula-mula semua cun-cun. Tapi bila kau dah bayar full payment kat dorang, memang korang akan nangis je plus sakit hati. Sampai aku tak tau dorang betul-betul buat kerja ke tidak. Aku asyik kena push dorang. Bukan push dorang je. Kerja push badan-badan berkenaan macam Lembaga Perumahan, JMB, Majlis Perbandaran, Developer semua aku kena buat sendiri. Hampeh betul. Aku bayar dorang nampaknya untuk buat documentation je kot. Patut potong je kos telephone ni. Dah la tak call aku ada apa-apa. Aku gak kena call tanya apa progress. Sampai bape kali aku sound deme. Alhamdulillah, selepas main polis sentri berkejar-kejar dengan semua hal, semua tu settle sebelum sampai dateline. Perghhh, aku rasa cam hebat dalam kepenatan je masa tu. Tapi ada lagi beberapa step yang masih tak settle. 

Lagi seminggu dateline aku. Tetiba lawyer aku leh cakap, bank pelelong salah buat apa tahnya. Nak kena ammend surat tu balik. Aku push la lawyer aku, chase la dorg. Lawyer aku mintak tempoh dengan bank pelelong. Aku kena penalti. huhuhu.... dapat la extension tuk dua bulan saja.  Haaa, kat sini aku sangat sakit hati. Aku dapat extension cuma dua bulan saja. Tapi lawyer aku punya drag masa chase developer untuk documentation lembab macam siput. Memang tak memasal la dorang ke bambu dengan aku. Hilang sabar aku masa ni. Aku cakap, "tak pe la, i chase." Dia plak cakap "takpe. nanti terganggu kerja dorang" So benda tu drag sebulan. Dah sebulan mau aku tak naik hantu. Aku call, apa cerita. Dia boleh cakap itu ini itu ini. Aku terus direct call developer. Bla bla bla, pendek cerita dorang settle tuk aku seminggu je. Suh ambik document pe bagai besoknya. Aku call lawyer aku, saja je nak tengok, buat kerja ke idok deme ni. Dia pun cakap oo belum settle. Aku pun cakap, "sudah la, cakap banyak tak de guna, esok u pergi ambik document apa u request. Semua dah ok" Dia pun berbasi-basi dengan aku "Eh, ini orang cakap dengan i lain, cakap dengan u lain." Entah sapa yang bermasalah aku tak tau la.....

Pastu, selesai satu lagi hal. Drag lagi seminggu. Lawyer aku tak de update apa-apa lagi. Aku call lagi. Tanya apa progress. Dia cakap bank aku ada problem. Tunggu bank aku release semua mende. Aku tanya berapa lama. Dia cakap dua minggu. So aku dah tarik nafas, lega. Ye lah, dah part akhir kan. Release je duit dah tak de hal la. Pas dua minggu dia tak de update aku lagi. Lawyer tu memang la....aku rasa nak suggest kat korang. Tapi tak yah la. Dorang ok gak, tapi ko kena push semua benda. Bila push, baru keje jalan. Aku call selang sehari. Padan muka dia. Dan padan muka aku dapat orang camtu. 

Masuk minggu akhir extension aku, lawyer aku cakap belum settle. Aku pun pelik ah. Aku cakap "takpe, i call cakap sendiri la dengan orang Public tu" Pastu tetiba dia leh cakap, "eh, i pass you pada bla bla and bla tuk keterangan lanjut" Rupanya korang tau apa???? (Muka bengang) Bukan sangkut kat bank. Tapi masalah documentation lagi, kat lawyer bank pelelong. Punya la mangkuk hayun, lawyer aku dorang tak chase. Dorang mintak extension lagi. Aku memang sound habis. Sakit hati aku. Dah aku kena lagi bayar penalti. (Tunduk sedih gile)

Aku deal dengan lawyer bank pelelong hari tu gak. Dia ckp "ok, besok settle," Aku memang marah dengan lawyer aku masa tu gile-gile. Aku rasa macam diperbodohkan dia. Extension aku dapat dua bulan lagi. Bayar lagi penalti. Tapi tak sampai sebulan extension yang dapat tu, bank aku release duit kat bank pelelong. Alhamdulillah. Selesai semua. 

Tapi kisah penderitaan tu belum lagi berakhir. 

Owner lama rumah, masih tak keluar rumah aku. Uwaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa...nangis aku! Dari July janji nak keluar belum pun keluar lagi. Aku kesian kat dia, sebab katanya susah. Tunggu duit balance dari bank pelelong tu. Aku kena tolong dia plak chase lawyer dia cepatkan payment kat dia. Dah dapat duit last week. Janji dengan aku nak settle semua hutang-hutang tertunggak dia yang bersangkut dengan rumah tu, sekali monthly payment aku kat bank selama mana aku kena bayar. Hopefully kau tak tipu aku la pakcik. 

Aku bernasib baik sikit sebab pakcik tu tak kasar dengan aku. Tapi tu lah, jangan dia tipu aku sudah la. Aku based on trust. Harap dia memang tak permainkan aku la. Huhuhu....

So kepada sesiapa yang nak beli rumah lelong, korang fikir la masak-masak ye. Hehehehe... Dah macam cerpen plak kisah derita aku..tadaaaaaaaaa 

SELAMAT BERJUANG KORANG....hihihi

aku nak buat patio umah aku cmni...hihihi (berangan dulu)

pastu ada meja cmni...leh aku makan ala2 duk kt pangkin umah mak aku..angin sepoi2 bahasa

No comments: