Tuesday, September 10, 2013

Jalan Jalan Cari Makan @D'Kayangan Steamboat, Shah Alam

Assalamualaikum...

Tingggg~ jalan-jalan cari makan lagi...bagi mereka yang suka sangat makan steamboat, D'Kayangan Steamboat Shah Alam, di cadangkan untuk korang semua. Dengan motto "All you can eat", korang boleh makan sepuas-puasnya sampai kembung perut. So far tempatnya agak selesa. Time kami datang lebih kurang jam 7malam. Masa ni dah ada ramai kumpulan yang makan together. Balik kerja lepak dengan kengkawan la kotnye. Food, boleh tahan banyaknya. Yang special kat sini kambing panggang. Rasanya tiap-tiap hari ada kot. 


D'Kayangan betul-betul bertempat di bawah Sri Acapella Services Apartment di Seksyen 13, Shah Alam. Dan betul-betul depan Restoren Tupai-tupai. Juga ada menawarkan steamboat. Bersaing la mereka secara sihat. hehe...

Ada dua pakej price yang boleh korang choose. Sama ada nak steamboat saja, ataupun sekali dengan aktiviti bbq layan diri. Masa ni, kami pilih sekali BBQ, so harganya RM33/nett. 







Waktu Operasi : start kul 6 petang
Sila call no 012-2971091 / 012-3970091 untuk booking bagi mengelak daripada korang datang cuci mata semata-mata. Datang jauh-jauh tapi full. hehehehe....
Food : 4/5 (bagi markah extra sbb ada kambing je.. :p)

 Selamat menjamu selera.......

D'Kayangan Steamboat, Shah Alam,
Sri Acapella Service Apartment, No.1 Jalan Lompat Tinggi 13/33, Seksyen 13, Shah Alam 40100 Selangor

No comments: