Tuesday, September 23, 2014

Jalan-jalan Ke Kota Kinabalu, Sabah


Ini entry lama. Dok belek² draft yang terbekalai jumpa entry ni yang tak dipostkan.....Lupa, Faktor usia. Maklom la.... :)

Kota Kinabalu, Sabah. One of a beautiful places yang boleh korang terokai. Our short trip ke sini mengikut perancangan asal. Dengan bajet sehabis murah, RM300++ per person -  hotel, flight & car rental, tak termasuk makan-makan dan beli kerepek, ikan bilis, ikan kering dan segala mak nenek yang tidak termasuk dalam list aku. 

Flight dari KL ke KK ambil masa lebih kurang 2jam. Sampai KK, terus uruskan car rental dan bergerak ke hotel. 

Our hotel - Dreamland Hotel. Included breakfast for 2 nights RM300 only 


Hari Pertama

Hard Rock! Tempat yang wajib tempuh walaupun sedang berjimat. Hanya dapat sehelai baju. Sorry awak kat sana, saya tak cukup duit nak beli kat awak jugak, Mujur kawan pergi Paris. Kikiki....

Hari pertama diakhiri dengan aktiviti tidur dengan nyenyak sambil layan astro dan makan maggi cup. Sejuk weh! Entah cuaca, entahkan air-cond. 


Hari Kedua

Thank you Waze kerana perkhidmatan anda yang sangat berkualiti. Our trip bermula dengan Gunung Kinabalu. Menurut kata orang, kalau tak bernasib baik, tak dapat tengok gunung ni. Entah la mitos ke apa. Mungkin warga Sabah ada jawapannya. Tapi Alhamdulillah, kami berpeluang.

Our next destination is Desa Farm, Kundasang. Berpusing-pusing nak mencari arahnya. Masa ni rasa cam nak marah je kat Waze "Heh!! kenapa kau bagi salah jalan haaaa" Sampai ke Ranau. 

Pengalaman buat kita belajar menjadi dewasa. hehe. Sebagai driver yang berhemah, aku tingkatkan kesabaran untuk cari arah kebenaran. Cewah. hahaha. Untuk sampai ke sini, kena lalui jalan berbukit-bukit. Hebat kau kereta Viva, larat juga kau naik bukit tu ye..hahahaa....

Macam feel artis je lembu ni.....

Tak perlu pergi sampai ke New Zealand untuk tengok lembu-lembu, di Malaysia pun ada. Besau-besau lagi. Syiok oo....hijau, harmoni betul lembu-lembu dok makan rumput-rumput kat situ.



Kat sini, korang boleh beli susu segar, Ada perisa original. Ada perisa coklat. Tak salah perisa strawberry pun ada. Tah lupa. Lebih murah dari harga di kedai-kedai runcit mahupun pasaraya. 

Sila check harga sendiri..

Langkah diteruskan lagi. Hot Spring!!! Boleh mandi dan boleh rendam kaki. Ada dua tiga kolam untuk rendam kaki. Yang banyak air, yang kurang air semua pun ada. Yang panas, yang tak berapa panas semua ada. Oleh kerana masa kami sampai hujan, jadi kurang seronok sikit. 


Hari makin gelap. Ini lah kalau berjalan tak de perancangan tetap. Main redah je. Mana yang ada, kami singgah. Hehe. Next, Rumah Terbalik. Ya, betul-betul terbalik. Segalanya terbalik. Tak percaya? Sila rujuk gambar dibawah. 





Kan dah kata, tak tipu.....Semuanya terbalik. Menurut tour guide rumah ni ada sejarahnya. Ala-ala kena sumpahan disebabkan kenakalan anak tuan rumah ni, sampai la rumahnya terbalik. Mitos gitu.

Balik singgah nak cari Pasar Gaya. Memang tak bergaya lah kitaorang, sebab tak jumpa sampai sudah. Siap tanya abg google yang tak kacak, ceh! Sampai tengah hari je ke? Ok, balik tapau maggi lagi dan tidur.  

Masa kat sini, aku semangat nak tengok jambatan tamparuli.. Teringat kat Marsya AF Si Pokok Kelapak. Hi, Marsya!! Tapi tak jumpa sampai sudah. Waze kata "cannot find!" Kecewa kite tau.

Malam, kami singgah sekejap di pasar malam. Macam-macam ada jual, Banyak makanan. Time tu gila lapar. Tapi dek kerana was-was nak makan, kitaorang tak beli apa-apa. Cuma sedikit buah tangan untuk kawan-kawan. 


Hari ketiga

Awal pagi keluar dengan satu tujuan semata-mata. Terus ke jeti, beli tiket ke Pulau Manukan. 


Banyak pulau kat sini. Semua cantik. Kalau kami ada satu hari lagi, mungkin leh snorkeling kat sini. Syiok oooo....



Check harga kat sini....Klik tuk tumbesaran

Gambar kenangan kekdahnya...puii~

Kami hanya sempat singgah di Pulau Manukan. Memang gempak cun pulau ni. Laut biru-biru hijau gitu. Rasa nak terjun je mandi. Tapi balik terus nak naik flight, malas la nak berbasah-basahan. Yang best, aku sempat tidur kat sini. Hahahaha.

Terima kasih orang-orang Sabah. Korang peramah. InsyaAllah, akan datang lagi. 

No comments: