Wednesday, October 15, 2014

Pengalaman Pertama Masuk Rumah Baru

gambar hiasan semata....


Pertama sekali, aku panjatkan rasa syukur yang tak terhingga kepada Yang Maha Esa. Alhamdulillah. Setelah berjuang dari bulan 1 untuk uruskan segala proses pembelian rumah, aku terpaksa berdepan dengan manusia yang bernama Uncle R. Hal rumah dah settle, tapi rumah tetap tak boleh duduk. Sebab Uncle R tak nak keluar rumah aku. Sob...sob...sob..sedih.

Bermacam-macam alasan yang terpaksa aku dengar. Dek kerana simpati, aku bagi dia masa. Tapi tu la orang kata, kadang-kadang kebaikan kita di perkotak-katikkan orang. Adeii.. Dari sebulan ke sebulan, dari seminggu ke seminggu. Aku yakin Uncle R ni akan keluar punya, cuma bila tak tau. Gigih la nak masuk rumah sendiri. Ingat, beli rumah lelong ni memang tak semudah yang kita anggap dan kemungkinan juga ada perkara yang lebih memeranjatkan korang nanti. hehehe... Ikut nasib memasing la kot. 

Finally dua hari lepas, 13 Oktober 2014, Mak aku call dia. Dia mintak maaf berkali-kali dengan aku & mak aku. Katanya aku dah boleh duduk, dia dah pun pindah hari ahadnya. Alhamdulillah. Aku dengar pun sejuk hati. Sekurang-kurangnya Uncle R ni bukan lah jenis kaki gangster. Mungkin dia pun ada masalah-masalah tersendiri. Kannnnnn..... :)

Dup dap dup dap! Perasaan ada rumah sendiri ni banyak berdebar-debar. Happy yang teramat dan rasa tak sabar nak duduk. So malam tadi aku pun datang la rumah aku pas aku dapat kunci on 14/10/14 malam.. Korang bayangkan betapa semangatnya aku. Berkobar-kobar ni. Tup tap tup tap, bunyi derapan kaki, pelan-pelan campur perasaan berdebar menuju ke rumah aku tu. Bukak grill pelan-pelan campur semangat. Buka je pintu...............................


OMG!!!!!!!! Sob..sob..sob! 

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.



dapur, tempat pertama aku jenguk...emmm....

Wet kitchen... macam apatah.. berderai airmata tengok hahahaha

bilik kedua dah macam tempat pembuangan sampah...

Apa pun keadaan rumah ni aku tak kisah sangat. Sampah banyak macam ni boleh buang. Tak ada rosak yang kritikal, bocor atau dinding pecah dan sebagainya. Setakat dinding kotor semua boleh cat balik. Cuma perkara ni di luar jangkaan aku. Sebab rumah aku ada orang duduk. Sampai kau push pun dia tak nak keluar. So aku membayangkan rumah aku adalah rumah keluarga. Rumah orang tinggal bukan rumah yang ditinggalkan orang. 

So, kesimpulannya, beli rumah lelong tak semestinya rumah kosong tak ada orang tu ragamnya begini, yang ada orang tinggal pun boleh jadi ragamnya begini. Please make sure, korang dah kuatkan mental korang menghadapi situasi yang begini. hahahahahaha....

ambik angin luar jap....migrain pulak tetiba!kiki

No comments: