Dikatakan kumpulan nanah yang terkumpul di dalam rongga yang berbentuk tisu akibat proses jangkitan (disebabkan bakteria/parasit) atau sebarang bahan asing (luka tikaman/tembakan)..tapi menurut kata doktor yg mbekalkan ubat²an pada aku, ia boleh jadi juga kerana darah kotor dlm badan....hurmm..
Bermula dengan ketulan kemerahan, panas, bengkak, sakit, berisi nanah dan akan pecah sehingga nanah mengalir keluar. Kebiasaannya akan sembuh dalam beberapa hari, dan ada yang ambil masa 2 minggu..tapi aku melaluinya lebih sebulan. Bengkak, benjol merah, besar dan semakin besar, beserta demam panas, nanah, sakit...tidak selesa, rimas semua ada..apa pun x bolehh... :(
Timbul di mana² saja anggota tubuh yang dia suka nak tumbuh. Seperti sekarang, ia timbul melata di belakang badan yang menyusahkan & merimaskan. Sukar untuk tidur. Sukar untuk duduk bersandar.
Tip penjagaan sendiri (info dari http://pmr.penerangan.gov.my)
1. Bubuh satu sudu teh garam ke satu suku gelen air mendidih dan sejukkannya pada suhu bilik. Tuam kain yang direndam ke dalam air suam bergaram tersebut ke kawasan dijangkiti lebih kurang 30 minit, setiap beberapa jam. Ini akan membantu memecahkan bisul dan mengalirkan nanah keluar lebih cepat.
2. Basuh perlahan-lahan bisul anda dua kali sehari. Kemudian, sapukan antibiotik yang boleh didapati di kaunter farmasi. Kemudian, tutup dengan pembalut.
3. Elakkan memicit atau memecahkan bisul kerana ini boleh merebakkan jangkitan. (habislah kawan aku dah picitkan..)
Dari ubat tradisional (selaput bawang) ke ubat doktor (antibiotik, ubat sapu, ubat tahan sakit) now, cuba ubat tradisional semula..san chi chi??aku salah dengar tabib cina tu sebut atau apa entah lah...ubatnye biji² mcm biji selasih...letak sikit air tunggu kembang dan tempek..pergh tak hingat berdenyut². Nanah pecah 2x pakai ubat ni, tapi masih tak baik. Ni spesis bisul degil agaknye yang tak nak sembuh.
Kata doktor yang membekalkan ubat²an, "seminggu tak ok, kita toreh ye" hah!!biar betik...haruss tak lah kan...tergambar peritnye...OMG!!
Now, kita try ubat ni plak.....ubat cap katak....agak² ok tak erkk? Sesungguhnya sakit itu tanda kasih Allah kepada kita...bersabar lah kamu wahai diriku...
Tenkiu kakak kat opis yang memberinya secara percuma. Sangat² menghargai prihatin kamu semua...sayang kamu semua... :)
No comments:
Post a Comment