Thursday, January 9, 2014

7 Hari Detox Diet


Hallooooooo silent reader... and assalamualaikum

What is a special day today?? Ada yang nak kawin ke rini? Alhamdulillah dan tahniah.

Ok, today nak fokus topik "7 hari detox diet". Ada fews friend asyik tanya "guane mung wat detox diet tu? ajo ah...ajo ah" Ok la-ok la aku explain sekaligus kat sini je la.. leh la sharing mering dengan semua. 

Tapi...........

Selalu ada tapi tau.....macam negatif bebenor...hehehe...

Seriously, kalau korang nak buat detox diet ni tolong betulkan minda korang. Serius aku cakap, takut korang kena tekanan mental je. Semangat mesti kuat tau. Aku dah banyak kali buat, selalu tak berjaya. Buat satu hari aku give up, buat dua hari aku give up hari ketiga. Sebab dan sebab lagi.... korang kena betul-betul fokus kat menu yang dah di tetapkan. Tapi result gempak hokeyyyy~ 

Berbekalkan semangat aku yang kena hentam teruk oleh seseorang masa tu aku berdetox diet dengan penuh azam. Serious aku cakap... aku benci kau hokey! Tapi xpe....kata-kata kau yang poyo dan berlagak bagus tu aku simpan buat semangat. Tapi serius sangat, aku memang terluka ah. Tapi tak pe..tak pe...Mak aku pesan, "biar orang buat jahat kat kita nak....kita buat yang baik-baik je." Its Ok, aku percaya Allah ada. Sekian, itu cerita sakit hati aku masa tu.

Back to the topic. Sekarang aku nak share dengan korang resepi Detox Diet yang aku cilok dari Pakcik Google. Aku tak pasti resepi tu betul ke tidak..hahahaha tapi aku follow je..Dan alhamdulillah aku turun 4kg dari detox diet tu. Korang try je la. Tak rugi dan tak dapat sakit pun. Tujuan detox diet ni adalah untuk menyingkirkan toksin dalam badan kita. Tak dapat buat sebulan sekali, korang buat setahun sekali pun ok. kira aci je lah...hahaha

Day 1
Makan la seberapa banyak buah-buahan yang korang suka tapi elakkan pisang. Say no..no..no pada pisang ok! Tapi banyakkan watermelon & cantaloupe 

Menu aku :
Breakfast : Watermelon
Lunch : Tembikai, Honeydew, Jambu batu
Dinner : Watermelon

Day 2
Makan la apa-apa jenis sayur yang korang suka sesuka hati korang. Makan sampai kenyang. Bagusnya sayur hijau. Tapi..........tolong elakkan santan & minyak-minyak ye. Tak bagus. Breakfast korang digalakkan ambik kentang rebus (large quantity)

Menu aku :
Breakfast : Bayam 
(aku ngelat sikit, sepatutnya makan kentang rebus, tapi aku cheat sbb aku x nak makan karbohidrat langsung masa tu)
Lunch : Bayam, Brokoli
Dinner : Sup sayur campur (no ayam, no udang, no sotong, no daging, no telo etc)

Day 3
Yeahhh! Dah masuk hari ketiga. Letih tak? Lapar tak? Takkan.... kan..kan...
Dua hari korang tu mesti korang rasa "OMG!! Apa aku buat ni....ingat aku xde duit makan sayur makan buah je...mana bisa tahannn hahahah" Sabar hokey...sabar!
Hari ini hari korang berseronok sikit. Korang boleh campur-campur makan sayur dan buah. Yeahhh! Seronok tak? Ikut suka korang la nak makan berapa banyak. Tapi tolong elakkan pisang & kentang ye.

Menu aku :
Breakfast : Watermelon
Lunch : Bayam (gile banyak aku makan masa ni. Tak hingat)
Dinner : Watermelon & Cantaloupe (banyak sekali makannye...erkkk!kenyang)

Day 4
Fuhh! Dah hari keempat weh....Percaya tak sekarang! Korang dah hari keempat. Tahniah-tahniah. Aku salute korang. hehehe... Hari ni hari cabaran tau. hahaha.. Hari pisang dan susu. 8 biji pisang dan 3 gelas susu. Siapa tak suka susu, korang paksa la ye. Layan.

Menu aku :
Breakfast : 3 biji pisang + 1 gelas susu
Lunch : 3 biji pisang + 1 gelas susu
Dinner : 2 biji pisang + 1 gelas susu

Muntah ke?? hahaha relax ahh....fokus! KURUS CEPAT weh!

Day 5
Hari ni adalah hari yang paling aku tak suka. Ahhhh! No! Tapi terpaksa menelan segalanya. Hari ni adalah hari tomato. Aku ulang lagi sekali TO-MA-TO! Korang kena makan 6 biji tomato tanpa mengelat. Dan minum air 12 gelas atau lebih. Penting weh! Nak bersihkan sistem body kita yang dah terlebih hasilkan asid urik. Tingkatkan kesabaran korang hokey! Ingat!!!! Jangan mengelat! Ops! Aku lupa.... tapi hari ni ada BONUS. Korang suka bonus kan..hehehe So, dibolehkan makan secawan nasi pada hari ni. Tapi tanpa sebarang lauk. Nasi kosong. kiki

Menu aku :
Breakfast & Lunch : Tak makan apa-apa. Sebab aku tak sihat masa ni. Kena allergic, habis satu badan. Dapat injection aku membuta je. 
Dinner : Jus tomoto, aku blend 6 biji dan terhasil 3 gelas air tomato. Minum tanpa gula. Seksa weh! Nak termuntah aku. Tapi aku paksa diri. huhuhu
(Info : Sebab aku mengelak "keras" sebarang karbohidrat dlm badan aku masa tu so, aku memang tak mungkin makan nasi. Korang dibolehkan makan secawan nasi time breakfast tuk tenaga sepanjang hari)

Day 6
Hari secawan nasi lagi. Suka la tu...tapi ingat ye, nasi sahaja. No lauk pauk yang sedap-sedap tu. Fokus nak detox hokey! Diingatkan sekali lagi, JANGAN MENGELAT! Tapi hari ni dah best sikit dah. Korang boleh arrange tuk makan nasi putih tu dengan sayur-sayuran. Satu hari makan secawan nasi je. Tapi sayur-sayuran korang boleh makan sesuka hati dan campurkan yang dimasak dengan yang tak masak (cth: ulam). Tapi jangan minyak-minyak ye sayang-sayang semua. hehehe

Menu aku :
Breakfast, Lunch & Dinner : Sayur-sayuran semata yang masak dan yang tak masak (salad), sbb aku elakkan nasi.

Day 7
Fuyoooo~ Korang dah sampai hari ke tujuh. Macam mimpi je kan. Ini realiti ni. Percaya la. Esok korang timbang, confirm turun 8kg hihihi. Hari ni kita boleh raya...raya.... Pom*Pom*Pom kasi mercun sikit, baru meriah....hehe
Ok, fokus.....Hari ni korang boleh makan secawan nasi, sayur-sayuran dan jus buah-buahan. 
Syiok ooo. Raya la katakan....

Menu aku :
Breakfast : Jus watermelon
Lunch : Sayur bayam, brokoli
Dinner : Sup cendawan
(aku tetap tak makan nasi..hihi *ngelat*)

********************
Tamat lah sudah hari-hari ngeri korang. Hari ke 8 adalah hari menimbang. So, berapa kilo korang turun. Share la wei.....

Selamat mencuba korang semua.

PENTING : SILA MINUM BANYAK AIR HOKEYYY~


Nota kaki hari ni :
Pesan Mak aku lagi "Pejam mata, mimpi yang indah-indah. Biar orang hina kita, sebab Allah tak pernah pandang hina kat kita" Ok, terimakasih mak. 

6 comments:

Unknown said...

Epal merah oke x utk diet nie?

Unknown said...

+ Norazieyla Adam : Boleh. Masa hari buah tu, buah apa-2 je asalkan jangan pisang. Pisang hanya hari untuk buah pisang & susu tu je... Happy diet ye :)

Anonymous said...

Sayur tuu biasanya sayur apa erk?

Anonymous said...

Biasanye dlm seminggu tu blh trun brape kg ye.. Excited ni:-D

Unknown said...

Anon : Tak kisah, sayur apa2 pun ok.. lagi bagus sayur hijau :)

Unknown said...

Anon : Last time sy turun 4.5kg 1week. Banyakkan minum air.. :)