Friday, July 27, 2018

PENGALAMAN MUSIM SEJUK KE SEOUL 8 HARI 7 MALAM

Perjalanan ini bermula pada 31 Januari sehingga 07 Februari 2018. Tidak dirancang lebih awal secara terperinci. Sebenarnya ia hanyalah atas permintaan sahabat yang ingin melihat Seoul dan bawa beliau berjalan-jalan di sana. Aku pernah solo trip ke sini tahun sebelumnya. Jadi keghairahan untuk "balik kampung" tidak lah sekuat masa mula-mula datang. I love Seoul so much, tapi backpacker bajet menuntut banyak pengorbanan terutamanya soal kewangan dan masa. Itu la punca aku kurang teruja nak "balik kampung" masa tu. Risau bajet lari. Hahaha.

Banyak hal yang terjadi, perancangan di ubah-ubah sehingga lah daripada berdua menjadi bertiga menjadi berempat. Pening kepala aku dibuatnya. Hahaha. Apa-apa pun enjoy sahaja dengan kawan-kawan bidan terjun yang dipaksa join haha. 

Oleh kerana tiada perancangan yang teliti, aku hanya ikut gerak hati dan gerak langkah mana nak tuju saja. Jadi, mereka ikutkan saja mana-mana yang terbaik. Trip musim sejuk di Seoul ni benar-benar memberi pengalaman baru. Suhu pada ketika itu lebih kurang -6 darjah celcius, tapi angin sepoi-sepoi bahasa yang datang seolah-olah -16 darjah celcius. Sumpah sejuk gila. Demam juga dibuatnya. Mungkin tak biasa dengan keadaan tu.

Alhamdulillah perjalanan kami di sini berjalan dengan mudah dan enjoy!! Yang penting kawan-kawan happy. Happy ke idok?? 😂

PENGANGKUTAN
Macam biasa, pilihan utama Air Asia. Alhamdulillah walaupun last minute plan tapi kami masih dapat tiket yang kurang dari RM1,000 termasuk luggage. (Mahai kan? haha. Nasib la.)

Pengangkutan lain semasa di sana kali ini, selain subway, kami memilih bas. Sebab penat nak berjalan dan naik turun tangga di subway station pada musim sejuk. Kudrat yang ada nak melangkah pun seolah-olah 40% tenaga je. Sejuk betul.

Perkhidmatan bas di Seoul sangat mudah. Setiap stop akan di maklumkan. Jadi tak ada masalah tersalah stop melainkan korang naik salah bas atau arah yang salah. Hihi. Sebenarnya, aku lebih suka berjalan dari tempat ke tempat yang berdekatan, boleh meluaskan pandangan, tapi ditekankan sekali lagi, faktor cuaca yang sejuk amat, nak berjalan jauh pun tak mampu. Mungkin bergantung kepada keadaan tubuh memasing la kot. 

PENGINAPAN
Aku pilih di Sinchon. Ubah angin. Rasa tinggal di kawasan lain pula. Kawasan ini ramai anak-anak muda terutamanya pelajar universiti. Kawasannya berdekatan dengan Hongik University & Ehwa Women University. Kerana penginapan ini lah terubah-ubah perancangan percutian aku. Bukan masalah hostnya, masalah komunikasi sahabat. Haha. Di sini, kami tinggal bersama host, ibu beliau dan beberapa orang lain dari pelbagai negara. Tak sempat nak berkenalan pun, maklum tak mesra alam. Hahaha. Host very understanding and his mother very nice person too. Boleh menempah di www.booking.com atau www.airbnb.com dan cari JM Guesthouse Hongdae. 

APA YANG MENARIK DI SEOUL?
1) Myeongdong

Lebih kurang macam pasar malam Masjid Jamek Kuala Lumpur hari Sabtu, tapi lebih havoc dan enjoy di sini. Terkenal dengan pelbagai kedai yang menjual skincare. Dan jangan lupa cuba makanan local street. Sedap!

2) Naksan Park & Ihwa Mural Art

Naksan Park. Boleh jalan sepanjang tembok ini dan sampai ke Dongdaemun (kalau gigih berjalan)

Permandangan dari Naksan Park dengan usaha gigih korang hiking. 

Salah satu mural art di Ihwa

Ihwa Mural Art

Kena hiking sikit la ke sini. Kalau musim sejuk ni macam kurang daya tahan sikit. Hahaha. Ada pelbagai lukisan dinding bagi mereka yang pencinta seni. 

3) Itaewon

Aku gelarkan ia kawasan Muslim. Senang nak cari makanan halal. Senang nak beli daging halal. Senang nak cari prayer room. Seoul Mosque terletak di sini. Tempat wuduk bagi wanita di luar. Tak tau kalau ada yang lebih dekat, tak jumpa.

4) Cheonggye Plaza

Ada prayer room terdekat di KTO Seoul Office. Hanyalah seumpama mercu ke Cheonggyecheon. 

5) Cheonggyecheon

Cheonggyecheon (ditengah, boleh terus berjalan ke arah kanan atau kiri)

Pelangi petang di Cheonggyecheon. 

Cheonggyecheon adalah stream yang panjang sepanjang 8km atau lebih. Boleh berjalan sejauh mana yang korang mampu untuk berjalan. 

6) Dongdaemun Design Plaza

LED Rose di Dongdaemun Design Plaza

LED Rose, selepas terbenamnya matahari. 

7) Nami Island 

Nami Island Winter Time

Sedikit jauh dari bandar Seoul, tapi pulau kecil yang puas hati untuk dijelajahi. Tempat pertemuan dua hati Jun Sang dan Yu Jin dalam "Winter Sonata"

8) Ehwa Women University & Hongdae Street

Antara yang menjadi tarikan pelancong asing.

9) Trick Art Museum

Seperti 3D Art Museum yang ada di tempat lain, tapi ia lebih menarik kerana terdapat apps yang boleh di aplikasi di telefon bimbit untuk merekod video korang seumpama ikan duyung yang berenang-renang di lautan atau naga yang membawa korang menempuh lautan api. Nampak menarik kan? Cuba la masuk. 

10) Bukchon Hanok Village

Bukchon Hanok Village

Kawasan rumah-rumah lama yang kaya dari kurun entah ke berapa yang masih lagi utuh. Ada di antaranya tidak lagi berpenghuni tapi di jaga dengan baik. 

Ada banyak tempat-tempat lain yang menarik yang boleh korang jelajahi. Antaranya Korean War Museum, Insadong, Ssamziegil bagi yang minat dengan kesenian, Namsangol Hanok Village dan beberapa Palace seperti Gyeongbukgung, Daesukgung bagi yang minat dengan sejarah, Haneul Park, Gangchon Rail Park, France Petite, Lotte World dan Everland bagi yang suka kepada extreme games di theme park, Banpo Rainbow Bridge dan Hangang River Park bagi yang suka duduk-duduk release tension atau Noryangjin Market untuk cuba makanan laut seperti King Crab yang segar. Sepanjang 8 hari di sini, ada tempat-tempat yang kami tidak pergi. Tidak berkesempatan. 

Itinerary secara ringkas selama 8 hari :
  • Topup T-Money KRW40,000
  • Check-in JM Guesthouse Hongdae selama 7 malam KRW127,500
  • Itaewon
  • Trick Eye Museum (Entrance ticket KRW15,000)
  • Hongdae Street
  • Myeongdong (makanan halal di Kampungku - sila dm mereka di facebook dahulu takut datang sia-sia sebab fully booked) 
  • Namsan Park (boleh ambil shuttle bas no 2/3/5 bergantung dari arah mana korang datang, boleh rujuk sini)
  • Nami Island (teksi ke Nami KRW4,000 satu perjalanan, entrance KRW13,000)
  • Hard Rock Cafe, Lotte World
  • Gwanghwamun Gate / Statue of King Sejong / Statue of Admiral Yi Sun Sin
  • Halal Kitchen
  • Bukchon Hanok Village
  • Cheonggye Plaza
  • Cheonggyecheon
  • Dongdaemun Design Plaza - LED Rose
  • Noryangjin Market
  • Yeouido Hangang River
  • Ehwa Women University
  • Insadong
  • Ssamziegil
  • Namdaemun Market