Tuesday, January 7, 2014

Solo Traveler - Kuala Lumpur - Perlis - Langkawi


Assalamualaikum pembuka bicara..

Rindu....rindu!!! Nak jerit sekuat hati rasa rindu tersangat-sangat. Rindu pada blog ni yang dah lama tak update apa-apa. Tinggg! Rasa nya belum terlambat nak wish ni "HAPPY NEW YEAR!!" Semoga tahun ini memberi rahmat kepada korang semua. InsyaAllah. Amin.

Today, just nak share some story dengan korang. Dulu aku penah pasang impian ni. Konon la.. Nak travel alone. Fuh! Akhirnya berjaya. Tak jauh, hanya Langkawi. hehehee... (ceh, gaya macam ke Kutub Utara)

Berbekalkan semangat yang berkobar-kobar nak jenjalan akhirnya aku ke KL Sentral cari tiket keretapi. "Apa ke heiii nak naik keteapi pulok ei..." 
"Ini la mudah! Tak usah nk pening bagai. Naik je, tido smp ke pagi" hehe

Tapi sayanggggg.....
"Tiket habis kak, smp ari rabu" Ahh! Sakit hati aku. 

Tak mengapa lah. Dah tak de rezeki. Jalan cerita ini tak terhenti di sini. 

Finally, usaha gigih aku dapat tiket bas. Ya-Allah bapak gile mahal. RM63 beli online. Korang ado?? 
Its ok lah. Malas fikir. 

Naik bas on 11.30pm. Waktu tu, hati aku jauh sangat perginya. Eh, ini bukan cite soal hati ni. Opss! Salah forum. Perjalanan bas ni ambil masa hampir 7 jam. Tepat 6.00pg aku dah sampai ke Kangar, Perlis.
Pertama kali aku jejak kaki ke tempat orang seorang diri. Berbekal semangat dan hati terluka yang aku bawa akhirnya aku sampai ke Perlis. Huh! Nak cite soal hati la plak....

Anyway, terima kasih kepada Incik Driver yang bersusah payah menghantar ke Kuala Perlis. Walaupun saya tahu saya telah menyusahkan awak untuk sekian kali. Harap itu ikhlas.

Then.....apa lagi, beli tiket naik feri. Banyak hal nya berlaku pada hari itu. Ok, kita tinggalkan mereka yang di daratan sebentar. Aku terus naik feri kul 12.30pm dan sampai ke Pulau around 1.30pm. Pehh, nak termuntah dilambung ombak. Kalau takut dilambung ombak, jangan berumah ditepi pantai ye. hehehe

As a solo traveler, korang akan mula terasa sedikit pelik sebab tak de sesapa nak teman korang. Ok-ok jangan pening-pening, jangan sedih-sedih dan jangan rungsing-rungsing.

Kat Pulau, aku jumpa bermacam-macam orang. Segalanya perlu berdiri atas kaki sendiri. Tapi.....as a solo traveler pompuan ni, pendapat aku la...ada bahayanya. Tapi kalau nak fikir bahaya, kat mana-mana pun tetap ada bahaya kan. Kat sana aku jumpa macam-macam orang yang tetiba baik hati nak jadi penyelamat. hehehe... tolong itu dan tolong ini. Alhamdulillah, segalanya lancar. 

After check in, hajat nak ke Underwater Langkawi terbantut, terlewat sikit je.... Malam tu ada orang nyanyi kat depan Underwater. Tak tengok pun. Malas. Hajat aku satu je, Underwater. Mungkin lain kali. So, segala area Pantai Cenang aku jelajah. Yes, I'M ALONE. Apa ke hei budak ni jalan sorang-sorang di malam hari. Takut ke korang? Relax ah! Pantai Cenang ni tempat yang happening kot. Ada ramai orang area ni. Especially foreigner, cam aku. hahaha... Ada juga mat saleh yang baik hati tegur dan berbual. Dapat la kawan baru kan. Bila duduk bersendirian, macam-macam gelagat manusia aku tengok. Masa makan, meja depan mat saleh dua orang. Hensem. Tah apa dorg berbual. Mesra. Jangan pasangan songsang sudah. hahaa... Sebelah kira family korea. Kuat gile dorang borak. Macam nak runtuh kedai makan tu dibuatnya. Menjerit-jerit macam gaya orang nak marah. hehehe. Lucu je. 

But i'm feel bored here. Dengan masalah-masalah yang terbelenggu saat tu, holiday tu rasa tak beri makna. Tapi bukan sebab aku sedang bermasalah je, ni hanya pendapat peribadi aku je la... Travel alone, ada best dan ade tak best.

BEST!!
Bila korang boleh jalan suka hati korang, nak pergi mana tak yah ikut kepala sesiapa, melainkan kepala korang sendiri. Korang boleh tentukan berapa lama korang nak shopping tanpa menyusahkan waktu sesiapa. Dan korang boleh tengok tv cite katon yang korang suka tanpa sebarang gangguan nak berebut siaran tv.

Tapi........................

TAK BEST!!
 Bila korang kena makan sorang-sorang (aku relax je, sbb aku dah biasa hehe). Bila korang tengok orang lain dok terkekek-kekek ketawa, tapi korang plak takde kawan nak ketawa (kalau ketawa sorg dah sah korg gile). Ada waktu korang akan terasa sangat lah sunyi, macam sepi gile (mungkin sbb kepala aku tengah serabut waktu tu)

Apa-apa pun....
Travel Solo ni ada best, dan ade yang tak best. Its depend.

Aku balik ke Perlis tengah hari esoknya. Sampai Jeti tengahari. Di sini, ada banyak hal yang tak mungkin aku lupakan. Tapi aku pernah janji dengan diri aku, "Jadikan apa jua kenangan, adalah kenangan yang baik, dan manis..lupakan apa jua yang pahit dan menyakitkan. Kerana kita tak pernah tahu bila lagi kita akan punya kesempatan" 

So, aku telan semua kenangan tak baik, tutup buku dan buka lembaran lain. Keep smiling.

Apa-apa pun percutian aku tu berakhir dengan hal yang baik-baik. Alhamdulillah

Kos :
Tiket bas (ke Perlis) : RM63 (beli online...mahal)
Tiket bas (ke Kuala Lumpur) : RM48 (lama gile dlm bas....kul 11.30am-9.00pm #pitam)
Feri (Return) : RM36
Room (Langkawi) : RM50
Car Rental (Langkawi) : RM60 (kancil je pun..kata cuti sekolah mahal..tahla)
Petrol (Langkawi) : RM20 (rugi, x jalan mana pun)
Makan & Shopping (Langkawi) : Below RM100
Kangar : perbelanjaan di sponsor 

*Recommended* Restoren Hai Thien (Ikan Masak Stim nye terbaekk..sila try) 


Nota kaki hari ini
Pesan Mak  "Hari ini mungkin hari dia, tapi mungkin besok hari kita. Jangan kita pernah bersedih untuk hari yang tak mungkin menjadi hari kita. Kerana hari kita akan tiba pada saat kita perlukannya. Kerana Allah itu tahu segala yang tidak kita ketahui"

No comments: