Monday, June 4, 2012

Seni Hidup


Kehidupan itu ibarat seni..
Lukisan cantik mengikut minda yang berkehendak
Dan juga pentas dunia dari pelbagai ragam

Ada masanya, kita senyum gembira
Ada masanya, kita menangis berduka
Ada kehidupan penuh kemewahan
Ada kehidupan serba kekurangan
Nilai manusia dari pelbagai sudut

Hidup itu tak selalu secerah matahari pagi
Dan tak pula sesuram gerimis senja
Kalau bisa mencorak seperti seindah pelangi dilangit
Ya..hidup kita pasti menjadi lebih indah
Senyum lah sahabat
Kerana senyumanmu pasti memberi cahaya untuk seseorang

Dibalik sebuah mimpi
Kita sering mengharap mimpi yang menjadi kenyataan
Dibalik pelangi yang cantik itu
Kita sering mengharap agar dapat menjadi seindah pelangi itu
Mustahil
Tiada yang mustahil dalam sebuah kehidupan
Asal ada usaha
Asal ada berkat dari Nya
Tiada yang mustahil 
Keajaiban akan pernah berlaku buat kita

Sahabat
Ada masanya kita jatuh
Kerana kejatuhan itu adalah pelajaran asas untuk sebuah kehidupan
Belajar untuk tidak terus kalah
Tiada yang sia-sia dalam kehidupan 
Senyumlah kamu sahabat

Hidup ini benar-benar seni
Seni di mana kita mencorakkannya menjadi lukisan indah
Dan kita adalah pelukis terhebat itu
Pilihan hidup
Adalah pilihan kita

*sekadarmenulisdariapayangterfikir*

p/s: satu masa dulu aku pernah percaya hidup bukanlah sesuatu yang bermakna..namun sampai satu saat, aku percaya..ujian adalah pelajaran utama untuk mendewasakan..dan kekecewaan dalam hidup bukanlah apa-apa -skyymid-

1 comment:

Anonymous said...

Selama ni kecewa ke?