Satu bulan
Bulan itu
Bulan itu
Bermulanya kisah
Masa berlalu
Tak hirau apa-apa
Tak hirau apa-apa
Senyum siang malam pagi dan petang
Mereka mula bertanya
Pelik
Pelik
Tapi itu lah keadaannya
Tiada hari tanpa senyuman
Mereka berbisik
Entah kenapa dengan dia
Kejap gembira kejap murung
Asal gembira sudahlah
Entah kenapa dengan dia
Kejap gembira kejap murung
Asal gembira sudahlah
Satu bulan berlalu lagi
Semuanya mula berubah
Semuanya mula berubah
Tiada senyuman
Tapi tiada juga tangisan
Hanya berdiam diri
Hanya berdiam diri
Siang malam pagi dan petang
Rasa macam tersampuk jin bermata tonceng
Apa pula yang tak kena tu
Emosi yang berubah tiba-tiba
Menjadi murung dalam satu saat
Sekejap diam
Sekejap ketawa
Mereka mula risau
Senyuman manis telah mati
Dia ketawa tapi hatinya sedang menangis
Air mata yang tidak mengalir adalah lebih menakutkan
Takut-takut dia menjadi gila
Satu bulan berlalu pantas
Dia duduk, termenung dan berfikir
Oh, aku harus kembali
Kembali dengan satu keyakinan
Mereka..orang-orang yang paling menghargai
Eh? Dia melompat girang
Pelik
Manusia pelik
Emosi bertukar lagi dalam sesaat
Mula senyum seperti dulu
Dia kembali
Untuk mereka yang menyayangi nya
Mereka tertanya lagi
Ahh, gosip tak habis-habis
Dia senyum
Dia tak kisah
Asal mereka bahagia
Dia bahagia
Untuk dirinya dia berusaha menjadi kuat
Lebih kuat
Dan lebih yakin
Kerana hidup perlukan kesempurnaan dari dalam diri sendiri
Dia duduk, termenung dan berfikir
Oh, aku harus kembali
Kembali dengan satu keyakinan
Mereka..orang-orang yang paling menghargai
Eh? Dia melompat girang
Pelik
Manusia pelik
Emosi bertukar lagi dalam sesaat
Mula senyum seperti dulu
Dia kembali
Untuk mereka yang menyayangi nya
Mereka tertanya lagi
Ahh, gosip tak habis-habis
Dia senyum
Dia tak kisah
Asal mereka bahagia
Dia bahagia
Untuk dirinya dia berusaha menjadi kuat
Lebih kuat
Dan lebih yakin
Kerana hidup perlukan kesempurnaan dari dalam diri sendiri
Nota kakitangan : Entry lama yang tak posting.. :P
No comments:
Post a Comment