Friday, June 8, 2012

Hari Ini

Merenung skrin putih.
Nak tulis apa?
Entah la..
Letih..
Banyak halnya hari ini..

Kadang-kadang kita selalu disalahertikan
Itu tanda mereka tidak memahami kita sepenuhnya
Kadang-kadang kita selalu diperkotak katikkan
Itu tanda mereka fikir kita lemah
Kadang-kadang kita sensitif pada orang yang kita sayang
Itu sebab orang yang kita sayang lebih mudah menyakitkan hati
Kadang-kadang kita berharap seseorang ada masa kita perlukan dia
Itu tanda dia penting 
Kadang-kadang hidup ini adalah begini

Belog ini umpama mesin masa..
Boleh kembali ke masa-masa tercatit..

Bayangkan..dalam dunia ada bermacam jenis manusia..bermacam jenis perangai. Yang menuduh tanpa asas, yang menghentam tanpa bukti..spesis apa tu? Orang gila? Senang-senang menyakitkan hati orang, senang-senang senyum senyum ketawa.. Apa ingat kita monyet liar yang tak ada perasaan? 
Manusia..pandai bermuka-muka.

Puas di caci, di maki, di hina... datang macam tak pernah berlaku apa-apa. Spesis apa itu? 
Manusia..benar ada bermacam rupa.

Sekadar menulis. Sekadar berkongsi rasa. Kerana tak semua orang bisa mendengar apa kita fikirkan. Kecuali skrin putih.

Lapar. Tidur ubatnya.

Selamat Malam. :)



No comments: