Sunday, April 1, 2012

Sempurna Seorang Yang Bernama Manusia

Manusia itu tak ada bezanya
Ada yang lebih, dan ada yang kurang
Kerana Allah menjanjikan keadilan buat semua hambaNya

Apa maksudmu manusia yang sempurna?
Aku tak faham
Ya, aku bodoh mungkin
Tapi buatku
Pengukur kesempurnaan seseorang bukanlah dari mata kasarmu

Apa itu manusia yang sempurna untukmu?
Cantik rupa parasnya?
Mewah dengan kekayaannya?
Berilmu hingga ke tahap PHD atau lebih tinggi?
Apa? Jelaskan...

Mata kasarmu takkan mampu menilai hati budinya
Mata kasarmu takkan mampu menilai sikapnya
Mata kasarmu takkan mampu menilai keupayaannya
Kerana..
Siapa kamu untuk membuat penilaian itu...?
Sempurnakah kamu untuk menilai seseorang yang lain?
Tanya dirimu..
Satu jari ditujukan pada orang lain
Tiga jari adalah tertuju buatmu
Jadi..sempurnakah kamu?

Ya, ada akal untuk berfikir
Tapi, bukan untuk menilai buruknya seseorang
Ya, ada mata untuk melihat
Tapi, bukan untuk melihat buruknya seseorang
Siapa kita untuk membuat penilaian
Besarkah kita?

Lihatlah hatimu di balik cermin itu
Apa yang kau nampak?
Keangkuhan mu dalam membuat penilaian?
Siapa benar dan siapa salah?
Angkuh!
Manusia angkuh!

Ingat-ingatlah
Tiada manusia yang benar-benar sempurna
Kita dilahirkan di dunia 
Dijanjikan Allah
Untuk melengkapi kekurangan seseorang
Untuk menjadikan dia lebih sempurna....

*peringatan buat kamu, mahupun aku*

No comments: