Tuesday, March 6, 2012

Surat Untuk Dia..


Ada satu ketika aku berfikir tentangnya
Ada satu ketika aku leka dengannya
Ada satu ketika aku asyik dengannya
Satu perasaan datang tiba-tiba
Tanpa sedar
Bahagia

Hati terus berbisik "Tak mungkin..Itu tak mungkin"
Dia terlalu sempurna mungkin
Tak mungkin

Tiba-tiba
Semua bertukar menjadi mimpi ngeri
Malam tanpa bintang
Gelap gelita
Siang tanpa matahari
Tiada sinar
Tanpa sedar
Kehilangannya

Terima kasih untuk dia
Yang pernah hadir tuk satu ketika
Terima kasih untuk dia
Yang pernah memberi kekuatan
Terima kasih untuk dia
Yang pernah memberi rasa bahagia
Terima kasih untuk dia
Yang pernah mengembalikan keyakinan
Terima kasih untuk dia
Atas segalanya

Kekecewaan dan kesedihan adalah sebahagian kehidupan
Datang dan pergi adalah lumrah alam

Jika satu hari nanti kamu tidak merasa bahagia
Percayalah ada insan yang lebih berduka darimu
Jika satu hari nanti kamu merasa sedih
Percayalah ada insan yang lebih sedih darimu

Percayalah kamu dan aku akan selalu bahagia
Siapa kita di antara kita satu masa dulu
Aku percaya kita akan selalu bahagia dengan jalan yang kita pillih

Terima kasih Ya-Allah 
Kerana pinjamkan kamu untuk satu ketika
Ya, Allah pasti pinjamkan kamu pada masa itu
Tidak ada diruang hati kekesalan mengenalimu
Terima kasih untuk segalanya
Pasti...ini ada hikmahNya
Terima kasih atas ujian ini Tuhanku

Wahai hati
Berjuang lah
Kerana kamu pasti tidak akan tewas

Wahai hati 
Percayalah
Hidup hanya pinjaman

Untuk aku..Tuhan itu tidak akan pernah mati buatku..
Untuk kamu..Tuhan akan meredhai perjalanan hidupmu..
Insya-Allah
Ada kenangan yang akan mengukir kenangan

Aku pasti akan hidup dengan lebih baik..Itu janjiku
Seperti katamu, semua harus bermula dari diri sendiri bukan keranamu

Tangisan hari ini tidak akan ada lagi buat hari esok
Janji..
Untuk kehidupan kita yang lebih baik pada esok hari

Untuk Selamanya..

No comments: