Cerita tentang masa silam
Ada banyak cerita disebalik cerita
Cerita anak remaja yang lincah
Yang hidup dalam kegembiraan
Tanpa peduli apa-apa
Eh!! Mana pergi anak remaja itu?
Dah jadi dewasa
Banyak benda yang mengubah hidupnya
Ahh! Rindu zaman itu
Zaman kita di tadika kemas
"Eh!! Kak Long berak lam suar la cikgu...."
"Mana ada..." Kak Long malu-malu
Sampai besar tak pernah nak mengaku
So cute..
Zaman kita di sekolah rendah
Balik gerak gempur
Ada hantu atas pokok
Lari!! Lari!! Hantu jangan kejar...
Hantu datang mana..
Gila anak pakcik kedai tu main hantu-hantu malam-malam
Nasib tak kena serangan jantung
Zaman di sekolah menengah kampung
Mana pokok yang tidak pernah tergantung
Mana tempat yang tak pernah di terjah
Mana sungai yang tak pernah terjun
Mana paya yang tak pernah mancing
Mana jalan yang tak pernah sagat meninggalkan parut
Mana ladang yang tak pernah diredah
Mana cikgu yang tak pernah diusha..opsss
Zaman kenakalan anak remaja
Zaman di sekolah menengah bandar
Ingatkah kawan baikku
Di bawah langit gelap menatap bintang
Dihalau pakcik blok kerana fikirkan pasangan lesbian
Aku menghantar kamu pulang
Kamu menghantar aku pulang
Ah! Sampai malam pun belum tentu kita sampai rumah
Tak payah mengejar
Tapi dikejar-kejar
Zaman perjanjian bintang hajat di dalam botol ditanam
So sweet.. macam dalam drama
Zaman kita di kypm
Ini remaja yang tersangat indah
Alam percintaan yang sempurna
Kawan-kawan yang semakin meningkat dewasa
Keliling kota dengan si jejaka hati
Senyum, ketawa, menangis bersama
Zaman kita di polisas
Remaja yang sangat mengasyikkan
Deringan sms yang tidak henti
Deringan ringtone yang pelbagai bunyi
Jejaka-jejaka tampan bertandang hari-hari
Wahh! Macam artis
Senyuman umpama di syurga
Syurga remaja
Tak pernah endah apa-apa
Indah sangat indah
Zaman kita menempuh kerja
Masing-masing sibuk dengan kerjaya
Masing-masing sibuk membawa diri
Ah! Hilang semuanya
Masa semakin perlahan
Semakin hilang
Hari berganti hari
Bulan berganti bulan
Tahun berganti tahun
Apa yang ada sekarang
Tua mengejar masa
Jiwa cepat tersentap
Hati cepat merundum
Lemah dengan godaan
Hina di pandangan mata sendiri
Siapa yang melemahkan
Dirimu sendiri
Kembali..
Kembali ke alam yang nyata
Ke dunia yang kamu dulu datang
Bahagia kan
Ya, Aku akan...
Kerana dunia ku adalah itu
Aku merinduimu...ting tongggg...
Kawan-kawan yang aku suka...
Maaf jika aku pernah salah pada kamu semua
Kawan-kawan yang aku suka..
Terima kasih kerana selalu ada di sisi aku
Aku merindui zaman itu ^____^
**********
No comments:
Post a Comment