Thursday, March 8, 2012

Gastroesophageal Reflux Disease


Ramai kawan-kawan tanya apa GERD tu..aku nak terangkan tapi aku pun tak tau macam mana nak explain. Senang cakap sebab sphincter yang tidak berfungsi untuk menghalang hingga berlaku penolakan balik asid naik ke atas yang boleh merosakkan esofagus kita. Apa kejadahnya plak esofagus tu? Entah, korang tengok la google sebab sekolah dulu aku sains tak bape pandai jugak. Ahaks!!

Eceli sejak tahun 2003, pertama kali aku tak boleh tido selama 2 hari ini lah penyakitnya. Sampai terkelepek kak long aku bawa ke klinik pada masa tu kata doktor, Gastrik!! Sejak tu juga aku dok teguk ubat cecair putih yang tak best tu. Selepas 8 tahun, cecair putih tu tak mampu buat aku bertahan. Ya, sakit tu bukan lagi macam sakit perut. Tapi macam sakit jantung. Kali pertama sakit di rumah, aku hanya mampu berdoa, Ya-Allah, kalau inilah ketentuanMu, aku bersedia. Sakit sehingga kadang-kadang tak tahu nak bernafas, macam nafas tak puas. Nak mati ke aku?? Itu persoalan pertama yang muncul masa seorang diri kat rumah melalui detik tu.

Lepas 2 bulan baru aku decide nak buat ujian endoskopi. Masa tunggu untuk dimasukkan kamera, doktor berbual untuk hilangkan ketegangan perasaan aku. Gile tak cuak. Padahal tak de apa kot. Dasar penakut! hehe..

Resultnya, Gastroesophageal Reflux Disease (GERD)... Mende alahnya tu? Gastrik la tu kan..? Dia kata NO! Omak den koba, alahh pedih ulu hati la tuh.. No! No! No! Pedih ulu hati adalah simptomnya sahaja. Bahasa doktornya Gastroesophageal Reflux Disease..

Menurut kata doktor iolsss yang tersangatlah kacak itu, GERD ini adalah satu keadaan di mana segala makanan ataupun cecair dalam perut kita bocor ke belakang, iaitu dari perut ke dalam esofagus (yakni tiub dari mulut ke perut). Keadaan ini menyebabkan heartburn@pedih hulu ati ni... Apabila kita makan, makanan kita biasanya akan melalui dari tekak ke perut melalui esofagus dan makanan yang di bawa terus ke perut itu akan dihalang oleh gentian otot daripada bergerak ke belakang dan terus ke esofagus semula.. Ape kemende plak gentian otot tu...? Itulah LES (lower esophageal sphincter). Kerana sphincter muscle tidak menutup dengan baik, berlaku lah kebocoran ke dalam esofagus. Maka terjadilah refluks.

Sakit ke tidak?? Nafas rasa tak cukup. Sebab sakit dada ni kadang-kadang menyebabkan aku tak boleh duduk senang, paling sukar bila muntah balik apa yang di makan...

Antara faktor yang menyebabkan refluks ini katanya termasuklah obesity. Opsss! Memang gemuk sangat lah..hahaha...

Simptoms yang dihadapi oleh orang-orang cam aku ni : bila makan-rasa makanan terlekat di tulang dada, pedih ulu hati atau rasa perit di dada, semakin sakit bila membongkok, baring, ataupun makan, keadaan lebih sakit bila waktu malam, meloya, muntah, sedu, batuk, sukar untuk menelan, dan lebih lega lepas minum anti-asid..yihaaaaa....sapa ada tanda-tanda macam ni elok la korang pergi check ya. Jangan di tunggu-tunggu takut-takut jadi kanser esofagus plak. Luka yang aku hadapi kesan penyakit ni dari esofagus sampai ke mulut. Nak share video tu pun cik bedah geli uolss...hahaha

After 2 weeks ambik ubat, i'm bleeding. Opss! Apakah?? belum test. Malas la...

No comments: