Tuesday, September 23, 2014

Monolog Diri

As a human, kita memang ada sifat-sifat ingin tahu. Ingin jadi penyibuk aka busybody. Kita bertemu dengan sesetengah orang yang sangat suka ambik tahu hal-hal orang lain. Kita bertemu dengan seseorang yang suka membangkitkan emosi amarah kita. Kita bertemu dengan seseorang yang tidak menyenangkan hati kita. Kita bertemu dengan seseorang yang tidak tahu apa itu "menghargai". Itu lumrah sebuah kehidupan. Antara nyata dan realiti. Sama ada kita nak atau pun tidak. Perkara yang perlu kita lalui. 

Nampak merepek. Tapi itu realiti.

Kadang-kadang kita perlu tekankan dalam diri, ada orang yang suka cara tersebut dan ada orang yang tidak suka berkongsi peribadi hidup mereka. Tak perlu tanya, dan tak perlu asak dengan soalan. 

Seseorang berulangkali beritahu ini, "Dalam hidup kita, kita akan bertemu dengan orang yang akan menyakitkan hati. Tak apa, biarkan. Kerana itu jawapan kebahagiaan." 

Terima kasih awak, ada masa kejatuhan saya.

Pada saat kita jatuh, kita tak selamanya jatuh. Jadi tak perlu kita menangisi sesuatu yang pergi. Jika pemergiaan itu lebih baik, maka kita perlu bersyukur. Kerana masa yang tidak panjang itu, tidak akan terus melukakan hati kita. Bila perasaan kita kembali normal, kita akan terasa "Ahhh! Bodohnya aku"

Wahai manusia-manusia yang memakai topeng, jika kamu telah membuat pilihan, teruskan dengan pilihan tersebut. Jangan berpatah kembali dan jangan membangkitkan emosi-emosi di sekelilingmu. Aku belajar untuk bersikap maaf, InsyaAllah. Tapi aku hanyalah manusia biasa yang tidak memakai topeng. Tak perlu pura-pura.



"WHERE LIFE BEGINS & LOVE NEVER ENDS" - FAMILY


No comments: