Monday, February 10, 2014

Cerita Bola : Liga Super 2014 Pahang vs JDT

Penat. Tu je word yang sesuai saat ni. Berlari ke sana dan ke mari. Tak sempat nak update blog, bersarang sudah. Sibuk dengan nak exam. Sibuk dengan Michiko yang nak kawin. Gedik dia. hahaha

Sibuk-sibuk pun 6 Feb berlalu sudah. Happy birthday to me. Yeahhhh! Semakin tua rasanya. Aduh. 

Off topic birthday. 7 Feb, ada bola. Liga Super 2014, Pahang vs JDT. Balik kuantan on that day around 3pm. Nasib cuti ari tu. Boleh tengok bola. Yeahhh!! Dah lama tak masuk stadium. Last dulu, masa Malaysia lwn Liverpool. Bila tahun tu ye? Lama dah agaknya. From Kuala Lumpur ke Kuantan ambik masa lebih kurang 3jam je. Tapi we all berhenti dulu kat Temerloh, so jadi lambat sikit sampai. Beli tiket dari ulat je.  Gile ramai kat stadium masa tu. Agaknya sebab lawan musuh. :P

Dalam stadium. Game yang baru bermula. Who is the winner?

First time aku tengok polis gile ramai jaga macam ni. Dulu Malaysia vs Liverpool pun takde camni..hihi Maklum musuh bola! :P

Selepas berhempas pulas, Pahang mendahului dengan 1-0, dikejar oleh JDT 1-1. Ahhhh! Stress masa ni. Mau tak dah nak habis separuh masa pertama lagi 1-2min je kot.....Stress...

Permainan yang sangat hangat. Dengan sorakan dari penyokong Pahang, dan macam-macam lagu yang dengar. Sama-sama ikut rentak dan irama. Memang meriah. Memang best gile. Pahang gol satu, JDT gol satu, Pahang gol lagi...JDT gol lagi. Ahhhh~ tetiba tak suka Safee Sali masuk.. hahahaha.. Jangan marah peminat JDT. Tapi Safee Sali main aku suka sangat-sangat. Tetiba nampak dia dibawa masuk, aduh, dup dap dup dap....dan....."Gollllllll" Alamak! Seri sudaaa...nangis.

Tapi saat terakhir, Pahang menjuari perlawanan malam tu. Yahooo! Suka..suka... Tak sia-sia datang tau. hahaha... Yang lawaknya, macam-macam reaksi muka kecewa ada masa tu. Yela, dan seri kan.. Muka memasing cam hampa je. Tetiba "Gollllllll" itu gol akhir. Muka yang kelat terus manis-manis semuanya. Masing-masing melompat. Happy dowhh... :)

Apa-apa pun perlawanan tu memang happening gile. 

PAHANG VS JDT, Stadium Pahang Darul Makmur @8.45pm



Berjumpa lagi Pahang - JDT di Larkin, Johor. Hogoh Pahang Hogoh. Jangan Gentar, Kita lawan. Semangat bersatu. Wish Your Luck.

No comments: