Monday, May 6, 2013

My Love, My BFF #chacha

Already gone..

Hari jumaat 03/05/2013, dia mula tunjukan sikap aneh. Mengiau tak henti. Macam takut sesuatu. Aku ke toilet, ikut. Aku mandi, ikut. Makan nak berteman. Dia pelik. Tapi aku fikir hanya sinptom biasa kucing bermanja.

Awal pagi sabtu 04/05/2013, awal terjaga. Aku mimpi buruk. Chacha mati. Hishhhh, banyak sgt berfikir. Malam tu jugak, nampak dia betul-betul hilang selera makan. Sebelum ni kurang makan, tapi lincah. Tapi malam tu dia nampak lemah..What happen? Tiba-tiba terfikir, salah susu ke? Salah makan ke? Dia tak selesa ke? Sunyi ke? Stress ke? Kami hidup bahagia. Tak pernah marah dia, apatah lagi jentik dia. Dia kawan yang baik. Dia tidur bertilamkan perut, manja..tak pernah terfikir hayatnya pendek. Demi Allah, dia cerdik, bijak, manja..aku sayang dia. Semua sayang dia :'(

I just planning nak bawak dia ke klinik besoknye 05/05/2013. Tapi malangnya bergerak lewat dari Kuala Lumpur untuk mengejar undi. Dia nampak baik dalam kereta hanya tidur. Walaupun tak selincah sebelum ini, tapi masih kuat. Sampai rumah 4pm, dia mengiau lapar. Makan dan hanya habis masa dengan tidur. Tidur beralaskan dada dengan aman. 7pm, dia bangun, makan dan berjalan sana sini. Nampak ok. Tapi moodnya nampak something tak kena. Aku janji dia, besok kite ke klinik ye, Chacha nampak tak sihat je..i say to her. Around 8pm, she's missing. Just jumpa dia terbaring lesu dalam litter box. OMG! What happen? Serius, panik! Badannya lembik. Hilang tenaga. Panik, sampai menangis tak henti. Thanks to my lovely brother yang susah payah cari klinik malam2. Tapi sayang, mana ada klinik buka malam2 ni mida.... :'( aku hanya mampu tawakal.

Berkali-kali luah rasa sayang padanya. Mohon dia tahan rasa ini. Janji akan cari the best klinik for her. Dia bertahan, dan terus bertahan. Aku terus belai dia. Sedih tengok keadaan dia. Nampak makin tenang. Tapi tiba-tiba......Jam 1.45am 06/05/2013, nafas semakin pendek. Dia tarik nafas. Aku mohon pada Tuhan jangan ambik dia. Tapi Tuhan lebih sayang dia. Dia tarik nafas lagi. Aku panggil namanya. Dia mengiau. Aku tahu, aku kena redha. Aku bisik dalam paksa, aku redha Tuhan. Airmata jatuh berkali di badannya. Dia tarik nafas dalam-dalam. Ada cecair keluar dari punggungnye. Nafas terhenti. Mati dipangkuan.

Chacha. Her name is Chacha. My love. My bff. My housemate. My everything. Only one month. But i love her. :'(

Ya Allah, ampunkan saya kerana tidak menjaganya sebaik mungkin.



No comments: