Assalamualaikum semua..
Semoga hari ini adalah hari yang ceria untuk u all :)
Siapa pernah layan telemovie ni "Ghifari" lakonan hebat Aqasha Firdee..Best sangat cite tu..sangat²! Sejak tu lah sangat tertarik dengan nama ni. Unik, cute and so sweet... se sweet Aqasha...se sweet kisah Abu Dzar Al Ghifari..sampai i tell my best friend, "babe! one day, kalau aku ade baby, nak bagi nama Dzar Al Ghifari" hahahah boleh camtu?!! Tah bila tahun nak ada baby :p...kuikui sbb tu wujud nye Dzar Dzar fb :) (sebutan zar zar bukan di zar di zar....apa pun x bole budak² ni...huh! haha)
Punya lah teruja dengan nama "Dzar" ni kan....siapa kah jejaka hebat ini??
Dengah gigihnya aku goggle siapakah Abu Dzar al Ghifari ni.. Sungguh, keperibadiannya hebat. Orang yang boleh kita jadikan contoh untuk menjalani kehidupan selepas Rasulullah dan rasul-rasul dan para nabi yang lain. Dia adalah sahabat Rasulullah saw. Share some story about him.

Sirah : Siapakah Abu Dzar Al Ghifari??
Lembah Waddan yang menghubungkan kota Makkah dengan dunia luar dihuni oleh kabilah Ghifar. Kehidupan kabilah ini bergantung pada semacam pungutan yang dikenakan terhadap kafilah-kafilah dagang Quraisy yang hilir mudik dari dan ke Syam. Kadangkala, bila kafilah dagang yang lewat itu tak mahu memberi, kabilah Ghifar merompak mereka.
Tersebutlah Jundub bin Jundah yang lebih terkenal dengan sebutan Abu Dzar. Dia adalah seorang putera Ghifar yang terkemuka kerana keberanian, kecerdasan dan wawasan berfikirnya yang luas.
Dada Abu Dzar terasa sesak menyaksikan kaumnya menyembah patung-patung mati. Dia mengecam akidah bangsa Arab yang rosak ini dan selalu berharap-harap akan datangnya seorang nabi baru yang mampu mengisi akan dan hati mereka dengan cahaya kebenaran dan mengeluarkan mereka dari kegelapan.
Akhirnya sampai juga ke telinga Abu Dzar berita bahawa seorang nabi baru telah muncul di Kota Makkah. Dia segera berkata kepada saudaranya Anis,
"Saudaraku, pergilah ke kota Makkah untuk mencari berita tentang orang yang mengaku nabi yang menerima wahyu dari langit itu. Dengarlah apa yang diserukannya lalu ceritakan padaku."
Anis segera berangkat ke Makkah. Di sana dia berpeluang bertemu dengan Rasulullah dan mendengar seruannya. Setelah itu dia segera pulang dan disongsong oleh Abu Dzar dengan berdebar-debar.
Kata Anis, "Demi Allah, aku melihat seseorang mengajak pada keluhuran budi dan akhlak. Kata-kata yang diucapkannya bukanlah syair."
Kata Abu Dzar, "Demi Allah, engkau tidak memuaskan aku dan tidak menyampaikan apa yang kuperlukan. Begini saja, mahukah engkau menanggung keluargaku untuk sementara waktu? Aku ingin menjumpai dan bercakap-cakap dengan nabi itu."
Pesan Anis, "Baik. Tapi hati-hatilah, jaga dirimu dari penduduk kota Makkah."
Abu Dzar segera menyiapkan perbekalan. Dengan membawa qirbah (tempat air terbuat dari kulit binatang) kecil, dia berangkat ke Makkah keesokkkan harinya. Hatinya sudah bulat. Dia harus bertemu dengan nabi dan menanyakan tentang apa yang diserukannya.
Singkat cerita, Abu Dzar sampai di kota Makkah. Dia telah banyak mendengar berita tentang keganasan Quraisy kerana itu dia takut dan tak mahu bertanya kepada sesiapapun tentang Muhammad, sebab dia tak tahu apakah yang ditanya itu sahabat Muhammad atau justeru musuhnya.
Ketika malam tiba Abu Dzar tidur di masjid. Kebetulan tak lama berselang Ali bin Abi Thalib berlalu di depan masjid. Dalam sekejap Ali tahu bahawa Abu Dzar adalah pendatang dari luar kota sehingga dia berkata, "Saudara, mari menginap saja dirumahku."
Jadi, Abu Dzar menginap di rumah Ali pada malam itu. Pagi harinya, dia membawa qirbah dan kantung makanannya untuk kembali ke masjid bersama si tuan rumah. Namun, kedua orang itu tidak saling menanyakan urusannya.
Sampai hari kedua Abu Dzar belum juga mendapatkan keterangan tentang Nabi Muhammad. Maka ketika senja turun, dia pergi ke masjid untuk tidur. Seperti kelmarin, Ali bin Abi Thalib melewati masjid, lalu bertanya, "Anda belum pulang?"
Seperti kelmarin, malam itu Abu Dzar kembali menginap di rumah Ali. Begitu pun keduanya tetap tidak saling bertanya atau memperkenalkan diri.
Pada malam yang ketiga, akhirnya Ali bertanya kepada tamunya.
"Apa sebenarnya keperluan anda di Makkah ini?"
Abu Dzar menjawab dengan berhati-hati, "Pertama, berjanjilah dulu bahawa anda mahu memberikan keterangan yang kuperlukan."
Setelah Ali memberikan janjinya, baru Abu Dzar berterus-terang.
"Sebenarnya kedatanganku ke mari ini dari suatu tempat yang jauh adalah untuk menjumpai nabi baru itu. Aku ingin mendengar tentang sesuatu yang dia bawa."
Mendengar itu wajah Ali membiaskan kegembiraan. Ia menuturkan dengan berghairah, "Demi Allah, beliau benar-benar Rasul Allah. Biasanya beliau begini dan begitu...Besok pagi anda bisa ikut aku. Nanti bila ada hal-hal yang terlihat mencurigakan, aku akan berhenti dan pura-pura buang air. Bila aku berjalan lagi, teruslah mengikuti. Dan bila aku memasuki sebuah rumah, masuklah juga."
Malam itu, Abu Dzar tidak mampu memicingkan mata sedikitpun kerana rasa rindu yang meluap-luap untuk berjumpa dengan nabi dan mendengarkan wahyu Allah.
Pagi harinya mereka berdua berangkat ke rumah Rasulullah. Abu Dzar berjalan agak jauh di belakang Ali. Jalan yang mereka tempuh lurus saja, tidak berbelok ke kanan ataupun ke kiri, sampai akhirnya memasuki sebuah rumah.
Begitu melihat Nabi Sholallohu 'alaihi wassalam, Abu Dzar memberi salam, "Assalamu 'alaika, ya Rasulullah."
Rasulullah menjawab, "Wa 'alaikassalamullahi wa rahmatuhu wa barakatuh."
Abu Dzar lah orang pertama yang memberi salam kepada Rasulullah dengan cara demikian. Ucapannya itu kemudian menjadi salam Islam dan ditiru oleh semua muslimin.
Rasulullah kemudian menyeru Abu Dzar ke dalam Islam. Beliau membacakan dan mengajarinya Al-Quran. Sebelum meninggalkan tempat itu, Abu Dzar telah mengucapkan syahadat dan resmi memeluk Islam. Dia menjadi orang keempat atau kelima yang melakukannya.
Berikut penuturan Abu Dzar,
"Setelah itu aku tinggal bersama Rasulullah di Makkah. Beliau mengajariku dinul (agama) Islam dan membacakan Al-Quran. Beliau juga berpesan, "Jangan sesekali engkau berterus terang tentang Islam di kota Makkah ini. Aku khuwatir orang-orang akan membunuhmu." Kataku, "Demi jiwaku yang ada di tangan-Nya, saya tidak akan meninggalkan Makkah sebelum pergi ke masjid dan mengumandangkan kebenaran Islam di tengah-tengah masyarakat Quraisy." Rasulullah berdiam diri mendengar kekerasanku. Lalu aku pergi ke masjid. Orang-orang Quraisy sedang duduk-duduk sambil berbual.
Di tengah-tengah mereka aku berdiri dan berteriak sekeras-kerasnya, "Hai orang-orang Quraisy, aku bersaksi bahwa tidak ada Tuhan selain Allah dan Muhammad adalah Rasulullah!" Mereka terperanjat, dan sedetik kemudian semua bangkit dari duduknya dan menyerbu ke arahku. "Ajar saja orang ini! Dia telah keluar dari agamanya!"
Di sana sini terdengar teriakan. Orang-orang segera menghujani ku dengan pukulan-pukulan keras tanpa ampun. Mungkin aku akan tewas kalau saja Abbas bin Abdul Mutalib tidak segera datang. Dia berusaha melindungiku dan mengherdik para penganiyaku, "Celakalah kalian! Kalian hendak membunuh seorang Ghifar, padahal kafilah kalian harus melewati perkampungan Ghifar?!" Mendengar itu, baru mereka berhenti.
Setelah siuman, aku pergi berjumpa Rasulullah. Melihat keadaanku, beliau berkata, "Bukankah aku telah melarangmu mengumumkan Islam?"
Kataku, "Ya Rasulullah, niat dalam hati saya telah dipenuhi." Beliau berkata lagi, "Pulanglah ke tempat kaummu dan beritakan apa yang kau lihat dan kau dengar di sini. Serulah mereka ke dalam agama Allah. Semoga dia memberi petunjuk kepada mereka melalui engkau dan memberikan pahala kepadamu. Bila kau dengar posisi Islam dalam masyarakat sudah kukuh, datanglah kembali kepadaku."
Aku pun pulang sesuai dengan perintah Rasulullah. Saudaraku Anis bertanya, "Apa saja yang telah kau lakukan?" Jawabku, "Aku memeluk Islam dan aku mempercayai Rasulullah."
Allah membuka hati Anis sehingga dia berkata, "Aku tidak suka kepada agamaku. Aku menyatakan Islam dan membenarkan dakwah Rasulullah."
Kemudian kami berdua berjumpa Ibu dan mengajaknya masuk Islam. Dia berkata, "Aku tidak suka kepada agamaku. Aku juga menyatakan Islam."
Sejak hari itu, keluarga yang beriman ini bergerak memperkenalkan Islam di daerah Ghifar tanpa jemu sehingga banyak penduduk Ghifar yang masuk Islam. Shalat lima waktu pun aktif dilakukan dia masjid-masjid.
Segolongan orang berkata,
"Sementara ini kita bertahan dalam agama kita. Nanti bila Rasulullah ke kota Madinah baru kita nyatakan keislaman kita di depan beliau."
Begitulah, setelah Rasulullah hijrah ke Madinah, mereka semua menyatakan keislamannya. Beliau berkata, "Ghifar, semoga Allah mengampuni mereka. Aslam, semoga Allah memberi mereka keselamatan."
Abu Dzar tetap tinggal di dusunnya sampai tercetusnya perang Badar, Uhud dan Khandaq. Sesudah itu dia pergi ke Madinah dan minta izin untuk menyertai Rasulullah dan melayani semua keperluan beliau. Sebaliknya, Rasulullah juga mengutamakan dan menghormati Abu Dzar. Setiap kali berjumpa, beliau pasti menjabat tangan Abu Dzar erat-erat sambil tersenyum menunjukkan kegembiraan.
Rasulullah yang mendengar ini sangat marah, lalu beliau mengingatkan Abu Dzar dengan sabdanya dengan telunjuk mengarah ke wajah Abu Dzar, "Engkau! Sungguh dalam dirimu masih terdapat jahiliah!"
Peringatan Rasulullah ini meninggalkan pengaruh yang teramat dalam pada diri Abu Dzar. Beliau kemudian meletakkan kepalanya di tanah dan bersumpah bahwa beliau tidak akan mengangkatkannya sebelum Bilal menginjakkan kakinya di atas kepalanya.
Tentu Bilal tidak melakukan apa yang dimahukan oleh Abu Dzar, sebaliknya dia berkata kepada Abu Dzar, "Aku memaafkan Abu Dzar, Ya Rasulullah. Dan biarlah urusan ini tersimpan di sisi Allah, menjadi kebaikan bagiku kelak."
Pada masa khalifah Utsman bin Affan, Abu Dzar pindah ke Damsyik. Di kota ini dilihatnya betapa kaum muslimin tenggelam dalam kemewahan dan sangat condong pada dunia. Keadaan ini sangat mengejutkan Abu Dzar.
Satu kali khalifah Utsman memanggilnya agar kembali ke Madinah. Abu Dzar segera memenuhi panggilan itu. Tapi di sini dia juga menjumpai keadaan yang sama. Kini hatinya cemas melihat manusia begitu cenderung kepada dunia. Sebaliknya, orang-orang merasa sesak menghadapi kekerasan hati Abu Dzar yang tak bosan-bosan memperingatkan mereka dengan kata-kata pedas.
Khalifah kemudian menyarankan agar Abu Dzar bermukim di Arrabzah, sebuah desa kecil yang masih wilayah Madinah. Abu Dzar menyetujui dan berangkat dengan segera. Dia hidup jauh dari manusia, zuhud terhadap kekayaan, tak mengirikan harta benda yang berada di tangan orang lain, berpegang pada cara hidup Rasulullah dan kedua sahabatnya yang mulia. Dia mengutamakan kehidupan akhirat yang kekal daripada kehidupan dunia yang fana.
Suatu hari seorang lelaki berkunjung ke rumah Abu Dzar. Melihat rumahnya kosong melompong, tamu itu bertanya, "Wahai Abu Dzar, di mana gerangan perabot-perabot rumah anda?" Jawab Abu Dzar, "Kita punya rumah di kampung sana (maksudnya kampung akhirat) sehingga perabot-perabot yang terbaik kukirimkan ke sana."
Tamu itu mengerti maksudnya. Katanya lagi, "Tapi anda juga mesti memiliki perabot selama berada di kampung yang sekarang." Jawab Abu Dzar, "Tapi si empunya rumah tidak mengizinkan kita menetap di rumah yang ini (di dunia)."
Pernah gabenor Syam mengirimkan wang tiga ratus dinar kepada Abu Dzar disertai ucapan, "Pergunakanlah wang ini untuk keperluan anda." Abu Dzar mengembalikan kesemuanya dan berkata, "Apakah Tuan Gabenor tidak berjumpa seorang hamba yang lebih miskin dari saya?"
Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas nya. Amin.
Kagum dengannya.

****************
Diceritakan dalam riwayat yang berbeza oleh Ibn Al-Mubarok dalam dua kitabnya Al-Birr dan As-Shalah, bahwa terjadi ketidaksepakatan antara Abu Dzar dan Bilal. Abu Dzar kemudian berkata kepada Bilal, "Hei anak budak hitam."Rasulullah yang mendengar ini sangat marah, lalu beliau mengingatkan Abu Dzar dengan sabdanya dengan telunjuk mengarah ke wajah Abu Dzar, "Engkau! Sungguh dalam dirimu masih terdapat jahiliah!"
Peringatan Rasulullah ini meninggalkan pengaruh yang teramat dalam pada diri Abu Dzar. Beliau kemudian meletakkan kepalanya di tanah dan bersumpah bahwa beliau tidak akan mengangkatkannya sebelum Bilal menginjakkan kakinya di atas kepalanya.
Tentu Bilal tidak melakukan apa yang dimahukan oleh Abu Dzar, sebaliknya dia berkata kepada Abu Dzar, "Aku memaafkan Abu Dzar, Ya Rasulullah. Dan biarlah urusan ini tersimpan di sisi Allah, menjadi kebaikan bagiku kelak."
*****************
Setelah Rasulullah pulang ke rahmatullah, Abu Dzar tidak lagi merasa betah tinggal di Madinah. Dia pindah ke Syam, dan tinggal di sana selama masa khalifah Abu Bakar Ash-Siddiq dan Al-Faruq, Umar bin Khathab.Pada masa khalifah Utsman bin Affan, Abu Dzar pindah ke Damsyik. Di kota ini dilihatnya betapa kaum muslimin tenggelam dalam kemewahan dan sangat condong pada dunia. Keadaan ini sangat mengejutkan Abu Dzar.
Satu kali khalifah Utsman memanggilnya agar kembali ke Madinah. Abu Dzar segera memenuhi panggilan itu. Tapi di sini dia juga menjumpai keadaan yang sama. Kini hatinya cemas melihat manusia begitu cenderung kepada dunia. Sebaliknya, orang-orang merasa sesak menghadapi kekerasan hati Abu Dzar yang tak bosan-bosan memperingatkan mereka dengan kata-kata pedas.
Khalifah kemudian menyarankan agar Abu Dzar bermukim di Arrabzah, sebuah desa kecil yang masih wilayah Madinah. Abu Dzar menyetujui dan berangkat dengan segera. Dia hidup jauh dari manusia, zuhud terhadap kekayaan, tak mengirikan harta benda yang berada di tangan orang lain, berpegang pada cara hidup Rasulullah dan kedua sahabatnya yang mulia. Dia mengutamakan kehidupan akhirat yang kekal daripada kehidupan dunia yang fana.
Suatu hari seorang lelaki berkunjung ke rumah Abu Dzar. Melihat rumahnya kosong melompong, tamu itu bertanya, "Wahai Abu Dzar, di mana gerangan perabot-perabot rumah anda?" Jawab Abu Dzar, "Kita punya rumah di kampung sana (maksudnya kampung akhirat) sehingga perabot-perabot yang terbaik kukirimkan ke sana."
Tamu itu mengerti maksudnya. Katanya lagi, "Tapi anda juga mesti memiliki perabot selama berada di kampung yang sekarang." Jawab Abu Dzar, "Tapi si empunya rumah tidak mengizinkan kita menetap di rumah yang ini (di dunia)."
Pernah gabenor Syam mengirimkan wang tiga ratus dinar kepada Abu Dzar disertai ucapan, "Pergunakanlah wang ini untuk keperluan anda." Abu Dzar mengembalikan kesemuanya dan berkata, "Apakah Tuan Gabenor tidak berjumpa seorang hamba yang lebih miskin dari saya?"
*****************
Pada tahun 32 H, malaikat maut telah menjemput seorang zuhud yang tekun beribadah yang dikatakan oleh Rasulullah, "Tidak ada di atas bumi dan di langit orang yang lebih jujur dari Abu Dzar." Dan, "Semoga Allah menyanyangi Abu Dzar. Dia berangkat sendirian. Dia mati sendirian. Dia dibangkitkan sendirian."
*****************
Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas nya. Amin.
Kagum dengannya.
No comments:
Post a Comment