Kalau Adam pasangannya Hawa, Romeo pasangannya Juliet, Shah Jehan pasangan Mumtaz, then siapa pula pasangan aku? Pernahkah kita tertanya siapa jodoh kita sebenarnya? Bercinta bagai nak rak, nangis berjurai-jurai airmata...tapi dalam soal hati, soal jodoh semuanya menjadi rahsia Allah swt. Kembalilah kepada Dia...berkali-kali itu yang aku ingatkan diri sendiri. Baik korang, mahupun diri aku....kembali lah kepada Dia. JalanNya.
Dulu, aku selalu sedih. Sedih untuk kehilangan. Sedangkan kehilangan itu pasti. Kerana yang hidup pasti mati. Pasti berlakunya kehilangan. Wakeup! Gerak tubuh aku. Goncang tubuh aku, terimalah kenyataan hidup kamu, hidup itu pasti ada kehilangan. Pasti. Sehingga satu detik, aku duduk dan berfikir. Berfikir lagi. Ya, setiap perjalanan hidup kita adalah rahsia Allah swt. Tak payah la bersusah payah memikir soal jodoh. Itu diluar pemikiranmu. Kita hanya mampu merancang, dan Allah menentukan.
Orang kata tak perlu nak mengejar cinta. Pemilik rusuk kirimu tahu siapa bakal surinya. Nanti dia bersedia, dia datang. Ahhh, dah tu macam mana...? Hanya perlu duduk dan tunggu? Ingat buah durian hanya perlu duduk dan tunggu gugur? Ingat bintang harapan tak? Ada berapa banyak harapan yang tertanam? Ada yang berjaya menjadi kenyataan atau semua hanya mimpi? Tanya hati. Of course la tak boleh tunggu. Harus usaha. Usaha! Usaha menjadikan dirimu selayaknya untuk bakal jodohmu. Usaha menjadikan dirimu seseorang. Usaha menjadikan dirimu LAYAK.
Allah berjanji. Janji yang terbaik untuk orang yang berusaha. Kita manusia yang mempunyai khilaf. Kita banyak kesilapan. Jangan sesekali mengukur kesilapan orang lain untuk menutup kesilapan kita. Ya, akui! Itu sikap orang benar. Allah suka orang benar.
Siapa jodoh kita? Masih tertanya-tanya? Mungkinkah yang baru berlanggar bahu tadi? Atau yang kenyit-kenyit mata tadi? Atau jiran sebelah rumah yang lawan sampai bertarik rambut? Atau kawan lama yang menyimpan rasa sekian lamanya? Atau kawan sekerja yang selama ni bergurau senda? Atau kawan rapat yang kuat cemburu? Atau sememangnya pasangan yang sedia ada? Kita takkan pernah tahu, dan takkan tahu.
Terkadang dalam hidup ini, kita percaya cinta adalah segalanya. Cinta yang membekalkan kekuatan. Sehingga kita lupa, cinta itu lah yang akan menghancurkan kita. Melukakan hati kita sedalam mungkin. Kerana cinta bisa mengkhianati. Sedangkan kita bertahan demi cinta. Cinta itukah jodoh kita?
Tepuk dada, tanya hati.
Cinta tak selalu bersama jodoh, tapi jodoh selalu bersama cinta.
No comments:
Post a Comment