Assalamualaikum semua..
Last week tengok rumah yang bakal dibeli..bakal diduduki. Nampak macam² benda yang kena nilai nak beli rumah ni. Tapi mana ada benda senang nak dapat dalam dunia ni kan. :)
My agent, Julia explain itu dan ini. Ibarat katanya dah macam kaunter pertanyaan. Paling tidak macam nak jawab soalan SPM..hehe semua benda nak ditanya. Untuk kepuasan hati. Yalah, kita tak tau. Tak tanya sesat jalan.
Finally, aku decide nak beli that house. Dengan complaint sebelah pihak kiri dan semangat di pihak kanan aku keliru sekejap. Betul ke tindakan aku ni. Tingkat 14 tu. Kalau masalah air camne? Kalau lif rosak camne? uuuu...parah! InsyaAllah, tawakal.
Menurut kata my agent tu, beli rumah ni simple jer...
Step pertama : Buat bank draft! Bayar deposit (as agree partial from 10% harga rumah - RM3,500)
Step kedua : Submit bank draft to agent (bank draft atas nama syarikat hartanah bukan agent ya)
Step ketiga : Sign Offer Letter (between aku & agent)
Step keempat : Apply loan (loan boleh yang include semua kos² lelainnya such as loan agreement, insurance etc)
Step kelima : Loan approved, bayar lawyer kite (partial) & proceed to sign S&P
Step keenam : Apply pengeluaran wang dari EPF (boleh keluarkan 10% + tambahan 10%. Bagi mereka yang dapat pinjaman 100% so korang leh kuarkan tambahan 10% sahaja. Sila semak info terkini di www.kwsp.gov.my >> pengeluaran kwsp untuk membeli rumah)
Step ketujuh : Dapat duit dari EPF & bayar baki dari 10% harga rumah) - RM4,000
Step kelapan : Bayar lawyer kite (tak yah bayar banyak² nanti duit dapat kerja tak siap hehe...bayar sikit² as agree...discuss lah)
Step kesembilan : Pastikan lawyer membuat kerjanya...(follow up selalu)
Step kesepuluh : 100% pemindahan hakmilik, dapat kunci & pindah (Yahuu! Senyum lebar²)
Tapi setelah hasil usaha aku yang seberapa kerat, semangat jitu aku untuk membeli rumah tersebut &dan angan-angan aku yang dah tinggi melangit tu tau apa jadi???Hampas kelapa betul!! Owner tu nak main-main harga plak....dah up lagi 5k, agree.. nak up lagi 5k...sebenarnya kau nak jual ke tak haaa labu sayung!? ngeh3...
Tapi betul la kata orang, rezeki ni macam jodoh juga....kalau bukan milik kita, usaha lah macam mana sekalipun tetap bukan milik kita. Think positive, mungkin aku nak dapat rumah yang lebih baik dari tu...hehe *senyum lebar-lebar & berangan lagi*
rumah idaman aku..ngeh3!
Note kaki : Tak perlu rumah besar, cukup ada kasih sayang dua insan yang bersatu hati di dalamnya, membina keluarga yang lebih sempurna. *My Dream*
No comments:
Post a Comment