Saturday, April 7, 2012

Kisah Rumput & Orang Yang Kita Sayangi

Dapat email dari seorang sahabat.. tertarik dengan email ni.. dalam life kita, kita selalu mencari kesempurnaan. Sedangkan kesempurnaan itu diisi oleh pihak satu lagi. 

**********************************************************************************

Pada suatu hari di satu sekolah menengah, ada seorang pelajar bertanya kepada gurunya yang sedang mengajar. Ketika itu, guru tersebut sedang menyentuh mengenai kasih dan sayang secara am. Dialog di antara pelajar dan guru tersebut berbunyi begini :

Pelajar : Cikgu, macam mana kita nak pilih seseorang yang terbaik sebagai orang yang paling kita sayang? Macam mana jugak kasih sayang tu nak berkekalan?

Cikgu : Oh, awak nak tahu ke? Baiklah, sekarang kamu buat apa yang saya suruh. Ikut saja, dan kamu mungkin akan dapat apa jawapannya.

Pelajar : Baiklah, apa yang perlu saya buat?

Cikgu : Kamu pergi ke padang sekolah yang berada di luar kelas sekarang. Kamu berjalan di atas rumput di situ sambil pandang rumput di depan kamu, pilihlah yang mana yang paling cantik tanpa menoleh ke belakang lagi walaupun sekali Dan kamu petiklah rumput yang paling cantik yang berada di depan kamu tersebut dan selepas itu bawa balik ke kelas.

Pelajar : Ok. Saya pergi sekarang dan buat apa yang cikgu suruh.

Namun begitu, apabila pelajar tersebut kembali ke kelas, tiada satu rumput pun berada di tangannya. Maka cikgu pun bertanya kepada pelajar tersebut.

Cikgu : Mana rumput yang cikgu suruh petik?

Pelajar : Oh, tadi sy berjalan di atas rumput dan sambil pandang rumput yang ada di situ, saya cari rumput yang paling cantik. Memang ada banyak yang cantik tapi cikgu kata petik yang paling cantik. Maka saya pun terus berjalan ke depan sambil mencari yang paling cantik tanpa menoleh ke belakag lagi. Tapi sampai di penghujung padang, saya tak jumpa pun yang paling cantik. Mungkin ada di antara yang di belakang saya sebelum itu tapi cikgu cakap tak boleh menoleh ke belakang semula, jadi tiadalah rumput yang boleh saya petik.

Cikgu : Ya, itulah jawapannya. Maknanya, apabila kita telah berjumpa dengan seseorang yang kita sayang, janganlah kita hendak mencari lagi yang lebih baik daripada itu. Kita patut hargai orang yang berada di depan kita sebaik-baiknya. Janganlah kita menoleh ke belakang lagi kerana yang berlaku tetap dah berlaku. Dan semoga yang berlalu tidak akan berulang. Jika kita berselisih faham dengan orang yang kita sayang, kita boleh perbetulkan keadaan dan cuba teruskan perhubungan tersebut walaupun banyak perkara yang menggugat perhubungan tersebut. Dan ingatlah orang yang kita sayang itulah kita jumpa yang paling cantik dan paling baik pada mulanya walaupun nak ikutkan banyak lagi yang cantik dan baik seperti rumput tadi. Kecualilah jika perhubungan tersebut tak boleh diselamatkan lagi, maka barulah kita mulakan sekali lagi. MAKA SAYANGILAH ORANG YANG BERADA DI DEPAN KITA DENGAN TULUS DAN IKHLAS.

**********************************************************************************
nota pisang kaki : "kita dijadikan oleh Allah untuk melengkapi kekurangan pasangan kita" 

No comments: