Thursday, August 4, 2011

Ini lah kehidupan

Musuh tak semestinya terus menjadi musuh..
Kawan tak semestinya tidak menjadi lawan..
Kerana kawan masa senang, mudah dicari..
Tapi kawan waktu susah, semuapun lari..
Orang yang paling kita sayang..
adalah orang yang paling menyakitkan..
Kerana kita membuka ruang untuk dilukakan..
Umpamakan nilai persahabatan itu
seperti pasir dipantai dan air di lautan..
Menulis "Aku Benci Kau" di atas pasir..
dan dibawa pergi air di lautan..

Hidup ini satu perjalanan yang penuh rahsia..
Kadang-kala mata menilai kita dari segenap rasa..
Siapa kita dimata mereka..
Siapa mereka dimata kita..
Siapa pun kita..kita adalah kita..
SesungguhNya Allah tahu apa yang kita tidak tahu..
Apatah lagi mereka yang berkata-kata..

Ya-Allah Ya-Rob, kuatkan hatiku, perisaikan kesabaranku
Di atas semua ujian & dugaanMu....Amin

No comments: