Wednesday, August 19, 2015

Resepi : Homemade Masker

Sila lah try untuk mereka yang teringin nak kulit cerah. Cara lama dan zaman nenek-nenek, tiada campuran bahan yang pelik-pelik.

Bahan asas:
* Beras yang belum di masak
* Susu
* Air suam

Cara-caranya:
i. Kisar beras yang belum di masak sehalus-halusnya. (macam tepung)
ii. Campur dengan susu (aku guna susu kotak HL je..hahahaha)
iii. Kacau hingga sebati dengan susu. (Boleh guna air biasa kalau uols elergik dengan susu)
iv. Apply di wajah kalian. (Boleh juga digunakan untuk bahagian kulit gelap yang lain seperti leher atau mana-mana part of body)
v. Biar sampai kering dalam 20-30min.
vi. Bersihkan dengan air suam.
vii. Ulang dalam 2-3 kali seminggu untuk kulit menjadi lebih cepat cerah.

Tips:
Petua mak aku dari dulu, untuk kulit kalian tak berjerawat, boleh try air basuhan pertama beras. Sapu seluruh wajah, dan biarkan kering sendiri. (Dulu rajin praktik, sejak jarang masak dah malas...hehe) Try lah! Boleh kongsi keberkesanan sama-sama.


No comments: