Monday, December 22, 2014

Alive 3D Art Gallery @Port Dickson

Selepas I-City & Penang, muncul pula 3D Gallery di satu lagi tempat, Dataran Segar, Port Dickson. Landmark yang kelihatan adalah Giant Supermarket di simpang jalan. Galeri ni mungkin masih baru. Terletak betul-betul di barisan shop-lot yang masih baru dan banyak yang belum beroperasi. Aku tak dapat gambarkan suasana kat dalam. Macam biasa, nah bik kau! Pepagi dah ramai yang Q.

sila beratur untuk membeli tiket

Orang yang paling happy kat sini adalah anak-anak..

Ukur ketinggian. Above 90cm, sila bayar harga kanak-kanak..hehe

Kami sampai di sini around 40min dari Bandar Seri Putra, Alhamdulillah cuaca nampak baik. Walaupun macam nak hujan. Beratur dalam barisan yang agak panjang. Hurm..aku cukup tak suka. Hahaha...Bagi sesiapa yang nak ke sini, sila pakai sandal bertapak rata atau kasut atau selipar. Kalau korang pakai kasut tumit tinggi dengan penuh gaya model nak jalan ala-ala catwalk, haaaaa sebelum masuk korang pakai la selipar hotel yang dibekalkan dengan bayaran RM5.00 hahahaha

Dalam galeri ni ada 50 3D Art. Memandangkan rakyat jelata yang ramai, berebut-rebut nak bergambar, so aku ambik sebahagian je. Apa²pun memang enjoy. Letih naik tangga setingkat ke setingkat. Kalau opah dengan atok yang datang, sian deme kena panjat tangga hihi...



















budak merajuk panjat gunung dalam keadaan nangis..nasib x jatuh hihii



Pada yang nak beli apa-apa cenderahati boleh la beli after exit nanti. Ada macam-macam benda, Sambil makan, sambil mencuci mata. hehehehehe




School Holiday PROMO!!!
Dewasa : RM15
Kanak-kanak : RM10

Operation Time
Mon - Fri : 11am to 11pm
Sat - Sun/PH : 10am to 11pm

GPS Coordinate: 2.559828, 101.817482

Happy Holiday :)




No comments: