Saturday, June 14, 2014

Kenangan


Cari benda lain, tapi jumpa benda lain. Kenangan. More than two years already. Kenangan yang memakan diri. Aku pernah cakap dengan seseorang waktu tu, "bukan salah dia kalau kite suka tapi dia tak" tapi aku sendiri tak dapat terima apa yang aku cakap tu kerana terlalu sayang sedangkan dia tak. Rupanya hidup dalam kebodohan sendiri (senyum sendiri)

In our life, ada kenangan manis dan ada kenangan pahit. Ingat tak, dulu kat sekolah, cikgu BM selalu suruh buat karangan yang lebih kurang macam ni. "Ceritakan apa kenangan manis korang" so dengan pelan-pelan kita pun start karang apa kenangan manis kita. Cewah. 

Itu zaman budak sekolah yang belum pernah kenal apa itu kenangan yang betul-betul pahit. Kalau lah boleh patah balik, harus kita patah balik kan. Hehe. Tapi seorang sahabat pernah cakap macam ni, "jangan pernah menyesal sebab kenangan tu satu pengalaman. Dan pengalaman buat kita lebih matang dan kuat"

Cerita tentang kenangan ni teringat kaitnya dengan peluang. No more excuse, sekali dah salah, tak ada peluang kedua. Sebab orang kata, peluang membuka ruang untuk kenangan menjadi pahit. Entahlah. Boleh jadi "iya" dan boleh jadi "tidak". 

Dulu aku pernah cakap pada seseorang ikut text kat atas tu. Waktu tu aku slalu fikir orang itu mampu menerima aku seadanya dan akan jadikan aku orang yang lebih baik. Tapi aku silap. Walau aku menerima dia seadanya tapi aku bukan orang yang mampu menjadikan dia lebih baik. Sebab aku bukan orang baik barangkali. Maka, habis lah "peluang" aku. 

Situasi 1
"Cikgu sastera tak suka saya sebab saya tak pandai berlakon. So dia singkirkan saya dari persembahan itu." So salah cikgu sastera ke? Atau salah "saya" yang tak pandai berlakon tapi sibuk nak jadi pelakon watak utama? Ye-ye mungkin salah "saya". Dah tak pandai sibuk nak berlakon, dah kenapa? Tapi dia suka, dia minat, kenapa cikgu sastera tak nak bagi peluang? "Ok, i give u one chance. Make perfect" Alamak, janji "saya" akan usaha. But unfortunetely, "saya" tetap kaku dan kekok. Lalu cikgu sastera give up dan singkirkan "saya". Harus bagaimana? Pujuk dan rayu? Cikgu sastera tetap menggantikan watak "saya" dengan orang lain. "Saya" terpaksa redha, dan yes "saya" tak ada talent. 

Situasi 2
"Dia perosak bangsa, tapi saya menerima kekurangannya sebab dia keluarga saya" Apa tindakan "saya"?? "Saya" beri dia peluang kerana "saya" percaya hidup ni ada ajaibnya. Semua manusia boleh berubah jika diberi peluang kedua yang tidak disia-siakan. Tapi sayang peluang kedua tetap sia-sia. Harus ada peluang lagi? Dia keluarga saya, harus bagaimana? Cikgu sastera pun hanya beri satu peluang. Lalu "saya" redha sekali lagi. 

Kesimpulannya, nasib kita tidak selalu berada di atas, sentiasa di beri peluang sepanjang masa. Berubah apabila kita ingin berubah, merubah dan diubah. Mungkin "saya" tidak sesuai dengan perjalanan sebagai pelakon.. Sebab nasib "saya" tidak begitu baik. Tapi "saya" selalu fikir dalam dunia ada keajaiban. Berbuat baik dengan orang balasannya tetap baik. Walaupun ada balasan jahat dari sudut negatifnya, tapi Allah memandang baik dari sudut positifnya. Manusia tak semua baik, dan tak semua jahat. 

Hidup kita ni, kita sering mengejar erti kesempurnaan hingga kita lupa kita tidak sempurna. Tapi sesungguhnya manusia tak ada yang sempurna. Carilah seseorang yang mampu menjadikan kita lebih baik. Betul, bukan salah dia kalau tak suka kita. Mungkin bukan jodoh yang tepat. Tapi percaya lah setiap kenangan adalah pengalaman. (Senyum lagi)


Nota kaki: Hati akan ranap bila orang yang kita sayang anggap kita "sampah"

Mood: Ingat kenangan "redha itu ikhlas, pasrah itu menyerah" dan aku telahpun redha atas segalanya :)

No comments: