Tuesday, June 3, 2014

Dessert Sedap @Mango Chili, Wangsa Walk

Aku bukan spesis jalan sana, makan sana, jalan sini makan sini... Tak ada masa nak ke sana dan ke mari. So kalau orang tanya "any suggestion tempat makan" Ok, tak ada suggestion. But I prefer to follow "u all" pergi makan-makan. Sebab aku suka mencuba. Tambah-tambah free kan (wahh~muka nak untung..hahahaa)

Zaman dulu kala, waktu Wangsa Walk ni baru buka, apa pun tak de. Bosan je jalan kat sini. Nak makan pun tak tau kat mana. Tarikan kat sini masa tu Superstar Karaoke & Mango Chili...hehe Sebabnya, tersangatlah suka pada dessert mereka yang satu itu. Sampai sekarang, kalau tekak teringin dessert sedap, ini la tempat nye...Tingggggg~ Mango Chili, Wangsa Walk. Tapi setiap kali pergi, keinginan tu jarang-jarang dapat dipenuhi. Selalu habis. (sedih)


Mango Sticky Rice a.k.a Pulut Mangga. Terbaik. Cuba lah. Tang santan yang pekat tu tak tahan tu. Manis dan pekat. Sedap!

Terletak di tingkat bawah sekali. Nama kedainya dah tukar ke Chili Pauh. Nama je yang tukar. Menu still sama. Masih mengekalkan ciri-ciri makanan Thailand. Selain pulut mangga, try lah Mee Celop. Teringat plak kat Hatyai dulu, terkejar-kejar dengan masa, takut tertinggal train, makan pun celop-celop gak...tak feel langsung..hehehe

Mee Celop versi Mango Chili a.k.a Chili Pauh

Harga : Berbaloi! Tak terlalu mahal. Standard.

Address :
Chili Pauh Restaurant (as known as Mango Chili Restaurant)
G32, Wangsa Walk, Wangsa Maju.

Nota kaki : Menulis dari pengalaman. Sila try!
Rating : 4.00/5.00 (rate untuk pulut mangga :p)

No comments: