Thursday, June 5, 2014

Cinta Yang Pergi

"Dalam hidup ini ada manusia yang jiwanya baik mahupun yang kejam. Yang betul mahupun yang salah. Kerana ada waktu di atas dan ada waktu di bawah. Kadang kala kita leka kerana kehidupan ini lebih memberi rasa bahagia dan mula menyedari pabila kita tersungkur kehilangan sesuatu. Itu normal manusia."

"Ini cerita sebuah cinta. Tidak menagih kasih mahupun menghina jiwa. Kata sang pujangga, hidup itu mati. Kerana mati adalah penghujung cerita yang hidup. Jadi nyatanya, hidup lah untuk mati. Bukan hidup untuk cinta yang telah mati."

"Cinta itu boleh diibaratkan seperti kupu-kupu malam. Gah, cantik tapi hakikatnya beracun. Duri-duri di batang mawar yang disinggah mampu melukakan. "

"Cinta tak pernah kalah. Tapi ia selalu mengalah. Cinta bukan hina, tapi ia selalu di hina. Cinta menuntut pengorbanan, pengertian, kesetiaan dan keikhlasan."

"Berdiri di atas tiang besi yang tinggi, lalu matahari tegak di kepala. Cuba mendongak ke langit, silau. Dengan rasa gementar memandang ke bawah, juga seriau. Itu lah rasa cinta."

"Dihadapan sana adalah masa depan. Di belakang sana adalah masa lalu. Sakit. Perit. Sedih. Kecewa. Lalu menutup buku cinta yang telah pergi"

Nota kaki : Jangan sesekali menghina orang yang pernah bersama kita, kerana kita lebih hina dari itu. Tunding jari mu ke arah cermin, setiap kata berbalik ke arahmu. 

No comments: